Isu jenaka 'ham': Polis sambung reman lelaki disyaki ugut Harith Iskander
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar Fail. (Gambar: Bernama)
KUALA LUMPUR: Tempoh reman seorang lelaki yang ditahan selepas disyaki mengugut pelawak popular dan keluarganya, Harith Iskander, disambung tiga hari hingga Jumaat ini (31 Jan).
Ketua Polis Negara Malaysia, Razarudin Husain berkata ia berikutan tempoh reman terhadap lelaki berumur 31 tahun itu tamat pada 28 Januari.
"Lelaki terbabit disambung reman tiga hari hingga 31 Januari dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur pada 28 Januari.
Pada Sabtu lalu (25 Jan), polis menahan lelaki terbabit kerana disyaki melakukan ugutan bunuh terhadap pelawak popular berusia 54 tahun itu.
Ia menyusuli hantaran dalam media sosial pelawak terbabit yang dikatakan menyentuh isu 'ham', sambil merujuk kepada minuman 'ham sap kopi' dalam catatannya.
Encik Razarudin berkata tangkapan dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada pengurus pelawak terbabit pada Khamis lalu (23 Jan).
Sebelum ini, media melaporkan polis telah mengambil keterangan pelawak terbabit selepas didakwa memuat naik catatan, ketika berlaku kontroversi status halal sandwic 'ham and cheese' baru-baru ini, yang dikatakan membuka ruang untuk mempersendakan agama Islam dan nama Nabi Muhammad SAW.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.