Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Isu gagal menepati janji selepas meminjam wang adalah salah faham, kata Aliff

Penyanyi dan pelakon asal Singapura, Aliff Aziz, menyifatkan isu kononnya beliau tidak menepati janji selepas membuat pinjaman wang daripada seorang lelaki sebagai salah faham dan tidak munasabah.

Anggaran Waktu Membaca:
Isu gagal menepati janji selepas meminjam wang adalah salah faham, kata Aliff

Pelakon dan penyanyi asal Singapura, Aliff Aziz. (Gambar: @aliffaziz91/Instagram)

Diterbitkan : 22 Aug 2018 05:00PM Dikemas Kini : 22 Aug 2018 05:10PM

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon asal Singapura, Aliff Aziz, menyifatkan isu kononnya beliau tidak menepati janji selepas membuat pinjaman wang daripada seorang lelaki sebagai salah faham dan tidak munasabah.

Menurut Aliff, tuduhan itu juga dianggap seperti tindakan terdesak, apatah lagi jumlah yang dikatakan dipinjam itu adalah kecil.

Agensi berita BH Online menukil beliau sebagai berkata: "Jangan membuat konklusi (rumusan) tanpa melihat situasi di kedua-dua belah pihak. Harap anda seronok dengan 'isu viral' anda, Encik Minyak Wangi. Bergembiralah selagi boleh, kerana ia tidak akan bertahan lama.

"Anda hanya dapat melihat isu ini mengikut apa yang saya paparkan saja. Nak songlap duit RM1,500 (S$500) adalah tidak masuk dek akal. Tak boleh beli kereta Kancil pun."

"Salah faham yang besar dan keadaan terdesak menyumbang kepada perkara ini. Tetapi tidak mengapa. Saya akan memberi penjelasan lanjut berhubung isu ini dalam tempoh terdekat," kata Aliff menerusi Instagram pada Selasa (21 Ogos).

Aliff sekali lagi terpalit dengan kontroversi apabila individu yang dikenali sebagai Rashidi Ramli, menerusi akaun Facebooknya, membuat pendedahan kononnya ditipu oleh artis itu, lapor BH Online.

Rashidi berkata, pada mulanya Aliff menghubunginya kerana mahu meminjam sejumlah wang dan sebagai balasan, artis itu berjanji akan mempromosikan produk miliknya di Instagram, selama lapan minggu.

Bagaimanapun, Aliff dikatakan sukar untuk dihubungi selepas wang pinjaman diberikan. Pada masa yang sama, hanya satu catatan bagi mempromosikan produk didakwa dibuat oleh Aliff, yang dipadamkan keesokan hari.

Kemudian, apabila diminta untuk memulangkan duit, Aliff dikatakan enggan berbuat demikian kerana menyifatkan urusan antara kedua-dua pihak sudah selesai selepas promosi produk di Instagram dilaksanakan.

Rashidi mendakwa bahawa beliau hanya memberikan sejumlah wang kepada Aliff selepas beberapa kali didesak berserta janji manis.

Ketika dihubungi BH Online bagi mendapatkan penjelasan lanjut, Aliff memohon untuk diberikan ruang bagi menyelesaikan isu tersebut.

Aliff berkata, beliau belum bersedia untuk membuat sebarang kenyataan, sebaliknya akan menjelaskan mengenai perkara itu apabila tiba masanya.

Beliau berkata: "Minta maaf, saya belum bersedia untuk bercakap mengenai isu itu buat masa ini. Apabila sampai masanya, saya akan membuat kenyataan." 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan