Isu demensia, keluarga dan kehidupan berjiran dipaparkan dalam pementasan 'Kemas' di Esplanade
Anggaran Waktu Membaca:
BERITAMediacorp: Pengalaman peribadi menetap di estet kejiranan menjadi sumber inspirasi kepada penulis dan pengarah, Moli Mohter bagi sebuah pementasan teater berjudul 'Kemas' yang dipentaskan di Esplanade hingga Ahad (19 Feb).
Makna tersurat dan tersirat di sebalik perkataan 'Kemas' itu juga menjadi tema dan penghubung bagi kisah-kisah kehidupan tiga watak utama pementasan itu.
"Kemas ini bermula bila Moli memikirkan tentang kematian. Ia lumrah kehidupan. Waktu itu Moli tinggal bersendirian. Di estet tempat Moli tinggal itu ramai orang-orang tua yang tinggal bersendirian. Moli terfikir jika satu hari nanti Moli mati bersendiri di rumah, agaknya berapa lama Moli akan dijumpai. Jadi daripada interaksi Moli dengan jiran-jiran Moli, di situlah tercetusnya idea kemas," kongsi beliau kepada BERITAMediacorp.

'Kemas' disifatkan beliau sebagai sesuatu yang lebih abstrak yang tidak boleh dilihat seperti "menyusun" pemikiran, "mengatur" kebahagiaan dan "mengurus" kehidupan seseorang.
"Tiada mesej tertentu yang Moli nak sampaikan. Mereka yang menyaksikan kemas akan pulang dengan rasa yang berbeza-beza. Juga pemahamannya berbeza- beza bergantung kepada pengalaman masing-masing. Sebagai pencerita, Moli hanya berharap produksi kemas ini akan memberikan mereka yang rasa kesunyian itu, ketahuilah bahawa mereka tidak bersendirian," tambah beliau.
Pementasan yang dijayakan oleh Teater KAMi itu diterajui tiga pelakon utama termasuk Mahyonis Mahfudz yang kembali beraksi di pentas setelah 3 tahun berehat selepas pementasan akhirnya pada 2019 dalam pementasan 'Mukadimah Nasib' oleh Theatre 2000 arahan Nadiputra.

"Saya berlakon sebagai watak Juminah, seorang wanita tua yang sudah bersara yang hidup bersendirian dan mengalami gejala awal demensia. Setelah mendapat skrip, saya fahamkan betul-betul wataknya dan meneliti tingkah laku orang-orang tua yang baru mula lupa-lupa yang ada di sekeliling saya," kata beliau.
Bagi seorang lagi pelakon utama, Dalifah Shahril, pelbagai persiapan dilakukannya bagi menghidupkan watak 'Arah'.

"'Arah' ini seorang 'hoarder' yang suka mengutip barangan di estet perumahannya. Untuk menggalas watak ini saya perlu buat kajian saya sendiri. Saya pergi ke tempat salah satu estet perumahan di Singapura. Saya melihat keadaan orang-orang yang tinggal di sana." kongsi Cik Dalifah.
Beliau berharap agar pementasan itu akan menarik perhatian mengenai kehidupan warga emas melalui watak-watak yang dilakonkan.
"Pementasan 'Kemas' ini, kita menyajikan sesuatu yang dekat dengan hati rakyat dan masyarakat. Saya rasa bila penonton datang menonton, mereka akan merasa lebih prihatin terhadap watak-watak yang kita telah paparkan dan saya harap kami dapat beri lebih banyak perhatian kepada mereka," ujar beliau.

Bagi yang mahu menyaksikannya di Studio Teater Esplanade, mereka boleh mendapatkan tiket di sini pada harga S$35 dan S$28 buat pelajar, warga emas dan anggota perkhidmatan negara sepenuh masa (NSF).
Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.