Skip to main content

Hiburan

Isteri yakin Alif Satar tidak melampaui batas sewaktu babak mesra dengan pelakon wanita

Anggaran Waktu Membaca:
Isteri yakin Alif Satar tidak melampaui batas sewaktu babak mesra dengan pelakon wanita

(Gambar: @alifsatar/Instagram)

Diterbitkan : 17 Aug 2022 11:06PM

KUALA LUMPUR: Bintang versatil, Alif Satar mendedahkan isterinya, Shadila Halid menyerahkan segala tanggungjawab lakonan atau babak mesra dengan pelakon wanita kepada dirinya.

Kata Alif kepada Astro Gempak, isterinya memahami dan percaya beliau tahu akan hadnya sebagai seorang suami dan bapa.

ā€œBeliau seorang isteri yang sangat memahami dan tidak meletakkan had kerana beliau percaya saya tidak akan melampaui batas.

ā€œSaya sendiri akan menjaga batas bila berlakon dengan pelakon wanita,ā€ tambahnya. 

Pelakon Dia Semanis Honey itu ditemui selepas sidang media Hausboom Music Concert yang berlangsung di The Finch, Kuala Lumpur pada Isnin (15 Ogos). 

Walaubagaimanapun, Alif memberitahu sebagai seorang yang beragama Islam, beliau akan cuba mengelak babak mesra yang perlu bersentuhan dengan pelakon wanita.

ā€œSetakat ini saya cuba cari cara lain untuk menunjukkan rasa mesra dengan pelakon wanita terutama bila berlakon watak suami isteri.

ā€œJika boleh saya elak dari bersentuhan dan bila perlu berpegangan tangan pun cuba berlapik. Bagi saya ikut keselesaan sesama pelakon.

ā€œBagi saya sebenarnya senang saja sebagai pelakon kena tahu guna simbolik sahaja, malah perkataan yang kita cakap pun dah cukup untuk membeli imaginasi penonton.

ā€œLagipun saya kena sedar saya orang Islam dan netizen sekarang pun dah bijak menegur apa yang mereka rasa tak sesuai,ā€ jelasnya kepada Astro Gempak. 

Selain mengacara dan menyanyi, Alif banyak membintangi drama-drama Melayu seperti Risik Pada Hati, Suria Di Cordoba, Red Velvet, Family Spy dan banyak lagi.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita