Isteri Shuib tumpu besarkan anak-anak, jadi suri rumah sepenuh masa
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Instagram/shuibsepahtu
SUBANG JAYA: Mendahulukan kepentingan empat anak tiri yang sedang membesar, isteri baru Shuib, Watie sedia menjadi suri rumah sepenuh masa.
Kata ahli perniagaan berusia 35 tahun itu, selepas berbincang dengan suaminya, beliau nekad menjaga keempat-empat permata hati mereka berbanding menambah ahli keluarga lapor Kosmo!.
Watie, atau nama sebenarnya, Nikmatul Adawiyah Hanifiah, mengakui beliau sedia melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu kepada permata hati Shuib dan Allahyarham Siti Sarah Raisuddin.
“Dari awal lagi kami sudah berbincang. Shuib memang nak saya jadi suri rumah sepenuh masa. Kalau ada perkara lain, dia akan tentukan,” ulasnya.
Sementara itu, Shuib memaklumkan kesibukan mengendalikan perniagaan memerlukan bantuan isterinya dalam urusan membesarkan anak-anak.
Katanya, tanggungjawab Watie sebagai suri rumah tangga dan ibu adalah memberi tumpuan terhadap penjagaan keluarga.
“Uwais sekarang sudah masuk 12 tahun dan nak melangkah ke alam remaja. Saya rasa dalam usia ini mereka perlukan sentuhan kami selaku ibu bapa,” katanya lagi.
Mengenai anak bongsunya, Ayash Affan yang kini di bawah jagaan emak Shuib, Salamiah Jalani, Shuib berkata, semestinya beliau akan memberikan fokus terhadap si kecil, seperti dipetik laporan Kosmo!.
“Saya dah berbincang dengan emak dan sebelum ini dia pernah berkata, kalau Ayash boleh berjalan, dia akan bagi saya jaga.
“Tapi, sekarang dia cakap biarlah Ayash pandai bercakap pula dan dia akan terus menjaganya. Saya baik sahaja sebab ibu saya pun selalu datang ke sini (Kuala Lumpur).
“Kadang-kadang dalam sebulan beberapa kali juga ke sini. Tak mengapa. Saya biarkan dia bermanja dan besarkan cucu,” tambah bapa kepada empat anak itu.
Pada Jumaat (23 Jun), Shuib dan Watie selamat diijabkabul di majlis yang berlangsung di Glass House Shah Alam, Kuala Lumpur, disaksikan 600 jemputan.
Pernikahan tersebut adalah yang kedua buat Shuib selepas hampir dua tahun menduda, menurut Kosmo!.
Sebelum ini, beliau berkahwin dengan Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, namun penyanyi itu meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 pada tahun 2021.
Rumah tangga mereka diserikan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 12 tahun, Dzahira Talita Zahra, 10 tahun, Ariq Matin, 7 tahun dan Ayash Affan, 2 tahun.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.