Skip to main content

Hiburan

Isteri kedua Opick meninggal dunia, sebulan selepas isteri pertama fail cerai

Isteri kedua penyanyi lagu nasyid Opick, Wulan Mayasari Hanis Sudiyono, dilaporkan meninggal dunia selepas melahirkan anak pertamanya.

Anggaran Waktu Membaca:
Isteri kedua Opick meninggal dunia, sebulan selepas isteri pertama fail cerai

Gambar: Opick Tomboati/Facebook

Diterbitkan : 20 Mar 2018 09:45AM Dikemas Kini : 20 Mar 2018 09:55AM

JAKARTA: Isteri kedua penyanyi lagu nasyid Opick, Wulan Mayasari Hanis Sudiyono, dilaporkan meninggal dunia selepas melahirkan anak pertamanya.

Tribunnews melaporkan bahawa rakan Opick, Ustaz Derry Sulaiman mengesahkan perkara itu. Beliau menerima kiriman WhatsApp dari Opick yang memaklumkan isteri keduanya yang berusia 34 tahun menghembuskan nafas terakhir Ahad lalu (18 Mac) akibat kesihatan yang semakin memburuk.

Wulan mula sakit selepas mengalami masalah pengguguran kandungan semasa sedang sarat hamil lapan bulan.

“Saya juga belum pasti sama ada proses melahirkan dilakukan dengan pembedahan atau normal," kata Ustaz Derry, menurut laporan Malaysiakini.

Media tempatan pula melaporkan bahawa jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Budi Mulya, Semper, Tanjung Priok, Jakarta Utara.

Sebelum ini, isteri pertama Opick, Dian Rositaningrum, dilaporkan memfailkan cerai kepada suaminya pada Februari lalu setelah hampir 16 tahun hidup bersama.

Keputusan itu dilakukan selepas Dian dan Opick yang tidak lagi tinggal sebumbung kerana kecewa dengan keputusan Opick untuk berpoligami tanpa izin, menurut laporan Astro Awani.

Dian dan Opick bernikah pada 15 Julai 2002 dan dikurniakan enam orang anak.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita