Skip to main content

Hiburan

Isteri Eddie Wings meninggal dunia

Anggaran Waktu Membaca:
Isteri Eddie Wings meninggal dunia

(Gambar: Instagram/eddiewings68)

MALAYSIA: Isteri kepada pemain gitar kumpulan Wings, Eddie iaitu Norlela Mohd Yusof, 61 tahun, meninggal dunia kira-kira pukul 2.10 petang, pada Jumaat (7 Jul).

Berita duka itu disahkan pengurusan kumpulan Wings kepada Sinar Harian.

Menurut wakil kumpulan itu, Norlela meninggal dunia di Hospital Ampang selepas dua minggu mendapat rawatan di sana.

“Jenazah akan dikebumikan malam ini di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. InsyaAllah selepas Maghrib,” ujarnya.

Memetik laporan mStar, Eddie atau nama sebenarnya Samsaidi Ulong Idris, 55 tahun, memaklumkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi buah pinggang ketika melakukan rawatan dialisis.

Selain masalah buah pinggang, Allahyarham juga terkena jangkitan kuman dan menyebabkan jantung menjadi lemah.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita