Skip to main content

Hiburan

Iskandar Ismail duduki tempat pertama pada minggu ke-2 Gegar Vaganza

Anggaran Waktu Membaca:
Iskandar Ismail duduki tempat pertama pada minggu ke-2 Gegar Vaganza

Penyanyi tempatan Iskandar Ismail atau Eiss. (Gambar: Eiss)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Singapura, Iskandar Ismail, berjaya menduduki tempat pertama bagi minggu kedua Konsert Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12), dengan markah tertinggi (71.50%) menerusi persembahan bertenaga mereka menerusi lagu ‘Warisan Wanita Terakhir’.

Usai persembahan, juri Ramli M.S. menyifatkan nyanyian Iskandar sebagai "bagus"

"Hari ini bagus. Minggu ini kamu menyanyi dengan kugiran, tetapi nampak bukan macam (nyanyian) solo. Nampak macam kugiran punya penyanyi. Visualnya sangat bagus. Tambahan lagi, bahagian tinggi kamu duduk tapi masih stabil," kata Ramli M.S.

Juri Syafinaz Selamat pula berkata Iskandar mempunyai suara yang sangat baik.

"Saya rasa anda memiliki vokal yang begitu bagus. Pilihan nada-nada 'ad-lib' yang pada saya tidak berlebihan. Sangat sesuai. Cantik sahaja. Manis dengan kugiran yang kecil itu. Mencukupi.

"Saya rasa anda tidak perlu gementar langsung. Jadikan pentas ini seperti mana anda buat persembahan setiap malam. Anda akan OK. Jangan terlalu berfikir. Saya mahu saksikan lebih daripada ini minggu depan," kata Syafinaz kepada Iskandar yang berpengalaman menyanyi di kelab malam selama 25 tahun.

Sementara itu, Nubhan berjaya meraih kedudukan kedua buat kali kedua menerusi lagu ‘Dambaan Pilu’.

Manakala kumpulan Mendua menduduki tempat ketiga menerusi lagu ‘My Heart’ yang berjaya mereka dendangkan dengan penuh bertenaga, lapor Astro Awani.

Tiga peserta yang berada di kedudukan terendah ialah Shy8 diikuti Mel Sakura dan Elaine Kang. Sekalipun demikian, Elaine menarik lafas lega apabila tiada penyingkiran diumumkan dengan kesemua 13 peserta mara ke minggu ketika GV12.

Bertemakan ‘Sama Sama Naik’, berikut kedudukan penuh berdasarkan markah keseluruhan minggu kedua:
  1. Iskandar Ismail
  2. Nubhan
  3. Mendua
  4. Shae
  5. Freshies
  6. Mark Adam
  7. Krisya
  8. Rahmat Ekamatra
  9. Ruri Repvblik
  10. Korie
  11. Shy8
  12. Mel Sakura
  13. Elaine Kang
Sumber : Agensi berita/NK/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita