Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

'Ip Man' Donnie Yen digandingkan dengan Keanu Reeves dalam John Wick 4

Bintang filem Hong Kong yang terkenal dengan watak-watak jaguh seni bela diri Donnie Yen akan menyertai barisan pelakon bagi filem John Wick 4.

Anggaran Waktu Membaca:
'Ip Man' Donnie Yen digandingkan dengan Keanu Reeves dalam John Wick 4

Donnie Yen dalam filem Ip Man 4 (Gambar: Shaw Organisation)

Diterbitkan : 05 Jun 2021 08:34PM Dikemas Kini : 05 Jun 2021 08:49PM

AMERIKA SYARIKAT: Bintang filem Hong Kong yang terkenal dengan watak-watak jaguh seni bela diri Donnie Yen akan menyertai barisan pelakon bagi filem John Wick 4.

Menurut laman Entertainment Weekly, Yen, yang membintangi filem-filem Hollywood seperti Rogue One dan Mulan, akan memainkan watak sebagai rakan lama pembunuh upahan hebat, Wick, yang dijayakan oleh Keanu Reeves.

"Kami sangat bertuah kerana Donnie Yen menyertai francais ini," kata pengarah John Wick 4 Chad Stahelski dalam kenyataannya. "Saya tidak sabar untuk bekerja dengannya dalam watak baru yang menarik ini."

Yen sudah lama membintangi filem-filem di Asia. Antara watak-watak terkenal yang dilakonkan beliau adalah bagi francais filem pecah panggung 'Ip Man', di mana beliau memegang watak mahaguru seni bela diri.

Yen pada hakikatnya juga adalah seorang pengamal seni bela diri yang mahir dalam banyak teknik yang antara lain termasuk wushu, judo, dan wing chun.

Francais John Wick yang sangat popular juga mempunyai keluaran sampingan dalam bentuk rancangan televisyen yang diberi nama The Continental, dan sebuah filem sampingan yang berkisar tentang pembunuh upahan wanita, Ballerina, yang sedang dihasilkan sekarang, selain filem kelima yang sudah diberikan lampu hijau untuk dihasilkan.

Filem keempat John Wick dijadual akan dilancarkan pada 27 Mei 2022. 

Sumber : Agensi berita/TQ/tq

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa