Inteam sumbang tenaga bagi misi kemanusiaan di Lubnan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Instagram/inteam_official)
KUALA LUMPUR: Dalam kesibukan memenuhi undangan persembahan dan menerbitkan karya-karya nasyid baharu, kumpulan Inteam tidak lupa bagi memenuhi tanggungjawab sosial dengan menyertai Misi Kemanusiaan Musim Sejuk 2024 ke Lubnan.
Inteam yang dilantik sebagai satu ikon kemanusiaan rasmi Pertubuhan Peduli Insan Malaysia berlepas ke Lubnan pada Khamis (11 Jan) lalu.
Kumpulan itu disertai tiga anggotanya iaitu Mohd Syahril, Abdul Rahim dan Muhammad Hazamin serta jurugambar, Aminurrasyid, lapor Berita Harian Malaysia.
Seorang lagi anggota Inteam, Hisyam Ahmad tidak dapat turut serta dalam misi kali ini kerana mewakili Inteam ke Final Anugerah Carta 114 di TV Al-Hijrah, pada Ahad (14 Jan).
Ketua Inteam, Encik Syahril berkata, mereka akan mengedarkan bantuan musim sejuk berupa makanan panas dan kotak barangan dapur, roti, pakaian dan kelengkapan musim sejuk termasuk selimut dan minyak diesel serta bahan bakar untuk pemanas kepada para penghuni khemah pelarian Syria di Lubnan.
"Misi kali ini akan menumpukan kawasan perkhemahan di Arsaal sekitar AlBeeqa' yang bersempadan dengan Syria," katanya.
Hazamin pula berkata, ia adalah misi kali ketiga disertai anggota kumpulan Inteam bersama Pertubuhan Peduli Insan Malaysia, seperti dipetik Berita Harian Malaysia.
"Kali pertama dan kedua sebelum ini kami mengedarkan bantuan musim sejuk di perkhemahan A'azaz bersempadan dengan Turki," katanya.
Ditanya mengenai isu keselamatan di Beirut, Lubnan, Abdul Rahim pula berkata, pihaknya ada melakukan semakan dengan Kesatuan Persatuan Bantuan dan Pembangunan (URDA) di Lubnan.
Katanya, badan bukan kerajaan (NGO) tempatan tersebut akan memastikan keselamatan delegasi sepanjang berada di Lubnan.
"Mohon doakan kami dapat menjalankan misi ini dengan jaya dan mencapai objektifnya," katanya.
Misi Kemanusiaan Musim Sejuk 2024 turut disertai kumpulan Nasyid UNIC dan Qariah Farhatul Fairuzah yang telah berlepas lebih awal, iaitu pada 5 Januari lalu.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.