Skip to main content

Hiburan

Ingin beraya ke rumah Ayda Jebat? Buat dulu ujian COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Semenjak negara Malaysia memasuki ke fasa endemik, ramai dilihat mengambil peluang berpusu-pusu pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut perayaan bersama orang tersayang setelah dua tahun tidak merasai detik ini.

Meskipun diberikan kelonggaran dan peluang untuk meraikan hari lebaran ini bersama keluarga tercinta, ia bukanlah titik permulaan untuk kita semua mengabaikan Prosedur Operasi Standard (SOP), terutamanya bagi keluarga yang mempunyai anak-anak kecil, seperti dinukil daripada ohmymedia.

Prihatin dan peka dengan keadaan semasa, pelakon dan penyanyi cantik, Ayda Jebat memaklumkan setiap ahli keluarga dan saudara-mara yang berkunjung ke rumah mereka perlulah melakukan ujian saringan Covid-19 terlebih dahulu.

Menurut Ayda,tindakan tersebut diambil sebagai langkah berjaga-jaga biarpun negara sudah menuju ke fasa endemik.

“Setiap saudara-mara yang datang berkunjung ke rumah, kami minta mereka melakukan ujian saringan kendiri terlebih dahulu.”katanya.

Melihat kepada tangkap layar yang dikongsikan oleh suami kepada penyanyi tersebut, Nabil Mahir di Instagram Story miliknya baru-baru ini, setiap ahli keluarga yang hendak datang beraya ke rumah mereka perlulah menghantar keputusan swab test tersebut ke dalam WhatsApp grup keluarga, lapor ohmymedia.

“Mereka perlu hantar keputusan dalam kumpulan WhatsApp dengan menyertakan nama dan tarikh,”tambah Ayda.

Pada masa yang sama, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat memberitahu dia sekeluarga turut melakukan ujian saringan kendiri tersebut jika hendak keluar ke rumah ibunya sebelum berjumpa dengan mereka, lapor ohmyedia.

“Malah, saya pun kalau nak ke rumah mak, saya satu keluarga akan buat ujian saringan barulah kami akan berjumpa. Ini adalah perkara wajib yang kami tetapkan sempena Syawal pada tahun ini,” terang Ayda.

Ayda menegaskan beliau tidak kisah jika tindakan tersebut diperkatakan oleh semua orang, namun bagi dirinya, keselamatan setiap ahli keluarga adalah perlu dititikberatkan dan menjadi keutamaan.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita