Imran Ajmain dampingi peminat muda dengan lebih banyak kandungan TikTok
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Penyanyi Imran Ajmain kini semakin aktif mencipta kandungan di aplikasi TikTok, sebagai salah satu strategi untuk mendekatkan dirinya dengan para peminat khususnya golongan muda.
Anak kelahiran Singapura itu mengakui walaupun sudah memiliki akaun TikTok sejak tiga atau empat tahun lalu, dia hanya benar-benar aktif menggunakan aplikasi itu setahun yang lalu.
Mengulas mengenai kandungan pilihan, Imran berkata, dia menghasilkan kandungan sekurang-kurang seminggu sekali yang berkisar kepada penghayatan mesej atau penceritaan di sebalik lagu ciptaannya selain lagu penyanyi lain yang pernah dinyanyikannya.
Setakat ini, akaun TikTok pelantun lagu Selamat Ulang Tahun Sayang itu sudah mencecah 50,000 pengikut. Imran berkata, penggunaan platform media sosial itu membawa peminat baharu selain membolehkannya terus diingati mereka yang membesar dengan karyanya.
"Sebelum ini apabila ada persembahan atau konsert, demografik penonton adalah kelompok yang lebih tua, tapi apabila saya cipta kandungan, saya melihat orang muda mula mendekati, tambahan pula ada lagu-lagu saya yang berada di 'FYP' (For You Page) di TikTok, jadi mereka mula mencari penyanyi asal itu.
"Saya juga berpandangan, lebih ramai yang suka apabila saya bercerita (mengupas) tentang sesuatu lagu, emosi melodi dalam lagu, cara pembikinannya dan sebagainya berbanding sebelum ini, mereka tahu nama (tajuk) lagu sahaja," katanya ketika ditemui Bernama di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Imran, 43 tahun, atau nama sebenarnya Ahmad Imranullah Ahmad Husaini Ajmain berkata, setakat ini, dia menghasilkan lebih 50 kandungan berkaitan penceritaan di sebalik lagu termasuk 40 lagu ciptaannya.
Pendekatan yang diambil oleh Imran membuahkan hasil apabila rata-rata pengikut meninggalkan komen positif terhadap video yang dimuat naik dan mereka lebih menjiwai lirik lagu selepas mengikuti kandungan TikTok itu.
Pada perkembangan lain, Imran berkata, selepas berjaya dengan persembahan konsert pada Februari lalu, dia kini berhasrat mengeluarkan album remix pada September ini yang mengandungi lagu-lagu yang pernah dinyanyikan suatu ketika dulu.
Ditanya tentang cabaran sebagai anak seni yang berkelana lebih 20 tahun di Malaysia, Imran mengakui sentiasa mendapat sokongan dan restu daripada ibunya Rieta Fatima Daliman, 75 tahun, insan paling penting buat dirinya.
"Sepanjang kerjaya dan penghijrahan saya di sini, saya tidak pernah bermasam muka, merajuk atau marah atas apa sebab pun dengan keluarga saya kerana ia benteng penting apabila saya bersendirian di sini," katanya.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.