Ikon seni bela diri Jackie Chan akan lawat sekolah SG pada 7 Jul
Yayasan Keluarga Lim (Lim Family Foundation), sebuah pertubuhan dermawan yang diasaskan oleh ahli perniagaan rakyat Singapura Peter Lim, mengumumkan pada Selasa (30 Jun) bahawa ia akan membawa masuk ikon seni bela diri Jackie Chan, 72 tahun, ke Singapura bagi "satu acara akan datang".
Pelakon Hong Kong Jackie Chan bergambar di permaidani merah semasa Festival Filem Antarabangsa Locarno ke-78 di Locarno, Switzerland pada 9 Ogos 2025. (Gambar: Jean Christophe Bott/Keystone via AP)
Pada Rabu (1 Jul), seorang jurucakap bagi yayasan itu mengesahkan kepada Mediacorp bahawa bintang Rush Hour itu akan membuat penampilan di Sekolah Awam Pei Chun pada 7 Julai.
Yayasan itu sebelum ini membawa bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo ke Singapura pada 2023, di mana beliau bertemu dengan para penerima biasiswa yang dibangunkan oleh Peter Lim dan juga melakukan lawatan ke Kebun Bunga Singapura.
Pengumuman pada Selasa dibuat semasa majlis penyampaian Anugerah Biasiswa Yayasan Olimpik Singapura-Peter Lim, yang menyaksikan lebih 400 pelajar atlet menerima biasiswa bernilai S$1.115 juta secara keseluruhan.
Pemangku Menteri Budaya, Masyarakat dan Belia merangkap Menteri Kedua Negara Pendidikan David Neo dan pemenang pingat emas Sukan SEA Shanti Pereira merupakan antara mereka yang hadir di acara itu, yang berlangsung di Pusat Konvensyen Tay Eng Soon, Ibu Pejabat dan Kolej Tengah Institut Pendidikan Teknikal (ITE).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.