Skip to main content

Hiburan

‘Identiti’ bawa pulang tiga anugerah program dan kreatif Pesta Perdana 2023

Drama pendek digital, ‘Identiti’ dinobatkan Rancangan Digital Terbaik Pesta Perdana 2023.

Anggaran Waktu Membaca:
‘Identiti’ bawa pulang tiga anugerah program dan kreatif Pesta Perdana 2023

(Gambar: Roslinda Rahmat)

SINGAPURA : Drama pendek digital, ‘Identiti’ dinobatkan Rancangan Digital Terbaik Pesta Perdana 2023.

Ini sekaligus mengiktiraf permintaan bagi format kandungan lebih singkat dalam kalangan penonton muda.

Kategori Rancangan Digital Terbaik merupakan salah satu daripada dua kategori baru tahun ini.

Siri Identiti terbitan Papahan Films itu mendahului senarai pencalonan terbanyak, iaitu dengan 11 pencalonan.

Ia turut membawa pulang anugerah Skrip Terbaik (Drama) dan Arahan Terbaik (Drama).

Sebanyak 16 anugerah disampaikan malam ini dalam acara gala makan malam gilang gemilang di Hotel JW Marriott yang dihadiri lebih 200 tetamu.

Membuka tirai penyampaian anugerah ialah pengumuman bagi Rancangan Kanak-Kanak Terbaik yang dimenangi siri keempat Skuad Cilik terbitan Oak3 Films.

Pasangan suami-isteri Wahyu Rahman dan Adi Yadoni dari Elements Pictures membawa pulang Rancangan Informasi Terbaik bagi siri kedua ‘Hilang’

Cik Wahyu turut menang anugerah Skrip Terbaik (Informasi) untuk siri pertama rancangan ‘Hilang’.

Netty Fiona Othman dari Mediacorp EagleVision pula menang Kategori Skrip Terbaik (Hiburan) bagi Pelancaran Bulan Bahasa 2022.

Anugerah Lagu Tema Terbaik yang disampaikan Rahimah Rahim dimenangi drama Air Mata Ayah oleh Poetry In Motion untuk lagu 'Pelindungimu'.

Rancangan Sinar Lebaran 2022 membawa pulang dua anugerah bagi Rancangan Hiburan Khas Terbaik dan Arahan Terbaik (Hiburan).

'Raja Kulinari' mengalahkan 'Berani Nyanyi', 'Kek Champion', 'So Stylo' dan 'Projek Lagu' untuk gelaran Rancangan Hiburan Terbaik.

(Gambar: Roslinda Rahmat)

Bidadari oleh Konxepz Productions pula muncul sebagai Siri Drama Terbaik.

Bahagian kedua Pesta Perdana 2023 akan berlangsung pada 17 Jun di Teater Mediacorp.

Acara malam gemilang itu akan mula bersiaran menerusi rancangan Manja - Khas Pesta Perdana 2023 tepat pada pukul 7.00 malam, diikuti dengan Segmen Karpet Merah Pesta Perdana Glam 2023 pada 7.30 malam.

Acara penyampaian anugerah itu akan disiarkan secara langsung pada jam 8.30 malam dan dapat ditonton menerusi saluran Suria, dengan siaran serentak di MeWatch dan YouTube Mediacorp pada 17 Jun nanti.

Senarai Penuh Pemenang Kategori Kreatif & Program Pesta Perdana: 

1. Arahan Terbaik (Drama) - Zaini Nasser, Identiti, Papahan Films

2. Arahan Terbaik (Hiburan) - Fadila Abdul Wahid, Sinar Lebaran 2022, Mediacorp Eaglevision

3. Skrip Terbaik (Drama) - M Raihan Halim, Identiti, Papahan Films

4. Skrip Terbaik (Hiburan) - Netty Fiona Othman, Pelancaran Bulan Bahasa 2022, Mediacorp Eaglevision 

5. Skrip Terbaik (Informasi) - Wahyu Rahman, Hilang S1, Element Pictures

6. Videografi Terbaik (Drama) - Roszali Samad & Kelly Chen, Korban, Monochromatic Pictures

7. Suntingan Terbaik (Drama) - Rein Zahrein, Tiga Hari Ke Korban, The Moving Visuals Co.

8. Lagu Tema Terbaik - Pelindungimu, Ashidy Ridwan, Air Mata Ayah, Poetry In Motion

9. Drama Terbaik - Bidadari, Konxepz Productions

10. Drama Khas Terbaik - Tiga Hari Ke Korban, The Moving Visuals Co.

11. Rancangan Hiburan Terbaik - Raja Kulinari, Mediacorp Eaglevision

12. Rancangan Hiburan Khas Terbaik - Sinar Lebaran 2022, Mediacorp Eaglevision

13. Rancangan Informasi Terbaik - Hilang S1, Element Pictures

14. Rancangan Kanak-kanak Terbaik - Skuad Cilik S4, Oak3 Films

15. Rancangan Digital Terbaik - Identiti, Papahan Films

16. Rancangan Audio Terbaik - eNtiTY!, Mediacorp RIA 897

Sumber : BERITA Mediacorp/RL
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita