Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Ibu penyanyi Ezad Lazim meninggal dunia

Ibu kepada penyanyi Malaysia yang popular dengan lagu Jesnita, Ezad Lazim menghembuskan nafas terakhir, kira-kira pukul 6.30 pagi Jumaat (7 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Ibu penyanyi Ezad Lazim meninggal dunia

Ezad Lazim. (Gambar: ezadlazim/Instagram)

Diterbitkan : 07 Aug 2020 02:44PM Dikemas Kini : 07 Aug 2020 02:53PM

KUALA LUMPUR: Ibu kepada penyanyi Malaysia yang popular dengan lagu Jesnita, Ezad Lazim menghembuskan nafas terakhir, kira-kira pukul 6.30 pagi Jumaat (7 Ogos).

Ezad ditukil oleh laman berita hiburan Gempak berkata beliau dan isteri serta anak-anak sedang dalam perjalanan pulang ke Alor Setar, Kedah.

Menurut Ezad beliau menerima khabar duka tersebut selepas solat Subuh apabila dihubungi kakaknya.

“Selepas selesai solat Subuh pagi tadi, saya dapat panggilan telefon daripada Kak Long beritahu Mak dah tak ada.

“Kak Long beritahu Mak jatuh dalam bilik air dan kemudiannya terus tidak sedarkan diri. Dan selepas diperiksa, Mak sudah pergi meninggalkan kami,” katanya.

Allahyarham ibunya menghidap penyakit darah tinggi, lapor Gempak.

Tambah Ezad, kali terakhir beliau bertemu ibu ialah beberapa selepas Hari Raya Aidilfitri yang lalu.

“Mak datang rumah kami, katanya mahu melawat rumah baru kami,” katanya sebak.

Dalam pada itu, Ezad mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan peminat yang menitipkan ucapan takziah, lapor Gempak lagi.

“Terima kasih kepada yang mendoakan dan menghantar ucapan takziah. Doakan perjalanan kami. Allahyarham akan dikebumikan sebaik sahaja kami tiba di Alor Setar,” katanya.

Ezad turut berkongsi berita sedih tersebut di laman sosial Facebooknya.

“Baru semalam kita kenang pemergian arwah abah dah setahun..hari ni mak pula menyusul pergi meninggalkan kita..,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, teman-teman dan pengikut di laman sosial mengucapkan takziah disamping mendoakan perjalanan Ezad dan keluarga pulang ke Kedah dipermudahkan.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan