Ibu Neelofa restu anaknya berhijrah ke luar negara

(Gambar: @noorkartini/Instagram)
PETALING JAYA: Ibu selebriti terkenal Neelofa, Cik Noor Kartini, merestui hasrat anaknya untuk berhijrah mengikut suami, lapor Gempak.
Malah, katanya, sekiranya diberi peluang, beliau juga ingin berhijrah sama seperti anaknya.
“Mama bersyukur sangat-sangat. Ini yang mana saya sering menggalakkan anak-anak saya untuk berhijrah. Malah, saya sendiri kalau diberikan peluang untuk berhijrah,” ujarnya.
Cik Kartini ditemui di majlis Gold Rally Winner Celebration di Colony @ Mutiara Damansara pada Khamis (16 Jun).
Tambahnya lagi, beliau memberi galakan kepada anak-anaknya untuk melihat negara orang.
“Sejak dulu lagi, saya memang sering memberi galakan kepada anak-anak untuk berjalan melihat negara orang. Apatah lagi, untuk berpindah ke Tanah Arab.
“Jika bercakap mengenai cucu, tak apa… saya boleh melancong untuk melawat cucu,” katanya kepada Gempak.
Terdahulu, Neelofa itu meluahkan hasrat untuk berhijrah ke tanah Arab mengikut suaminya Haris Ismail yang mahu menyambung pelajaran di sana.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.