Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Ibu Neelofa disahkan hidap barah payudara

Anggaran Waktu Membaca:
Ibu Neelofa disahkan hidap barah payudara

Ibu Neelofa, Noor Kartini. (Gambar: Petikan dari Instagram/Noor Kartini)

KUALA LUMPUR: Ibu kepada selebriti popular Malaysia Neelofa berkongsi detik sukar apabila beliau disahkan menghidap barah payudara tahap pertama setelah menjalani beberapa siri pemeriksaan perubatan.

Menurut Noor Kartini Noor Mohamed, berita diagnosis itu sebelum ini hanya diketahui oleh keluarga terdekat dan ia sesuatu yang tidak pernah terlintas dalam fikirannya, menukil laporan Sinar Harian.

“Pada 17 hari bulan lalu, saya dapat laporan perlu menjalani biopsi kerana hasil ujian mammogram tidak begitu baik.

"Tiga hari kemudian, doktor menghubungi dan memaklumkan keputusan biopsi menunjukkan saya menghidap barah payu dara tahap satu,” katanya dalam satu rancangan temubual.

Menurut Cik Noor Kartini, khabar itu amat mengejutkan bukan sahaja untuk dirinya, tetapi juga memberi kesan mendalam kepada suami dan anak-anak.

“Anak-anak menangis dan suami juga mengalami kesukaran untuk tidur.

"Kami fikir mungkin hanya ketulan biasa atau cyst, langsung tidak terfikir tentang barah," ujarnya, seperti dinukil laporan Sinar Harian.

Beliau mengambil masa beberapa hari sebelum dapat menerima kenyataan.

“Saya sendiri bingung seketika, sukar mempercayai perkara ini berlaku. Namun, saya percaya apa sahaja boleh terjadi dengan kehendak Allah SWT," ujarnya.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan