Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Ibu Amy Search meninggal dunia

Ibu penyanyi rock terkenal, Amy Search meninggal dunia pada jam 6.00 petang semalam (1 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Ibu Amy Search meninggal dunia

Ibu Amy Search, Fatimah Idris, 88 tahun meninggal dunia pada 1 Ogos. (Gambar: Amy Search/Instagram)

Diterbitkan : 02 Aug 2021 08:16AM Dikemas Kini : 02 Aug 2021 08:17AM

KUALA LUMPUR: Ibu penyanyi rock terkenal, Amy Search meninggal dunia pada jam 6.00 petang semalam (1 Ogos).

Perkara itu dimaklumkan Amy melalui catatan yang dimuat naik ke akaun Instagramnya, lapor Astro Awani.

Allahyarhamah Fatimah Idris, 88 tahun menghembuaskan nafas terakhir di rumah anak saudaranya di Sunway Rimba Hills Kota Damansara, Petaling Jaya dan disahkan oleh Penolong Kanan Hospital Sungai Buloh.

Jenazah akan dimandikan pada jam 8.00 pagi ini (2 Ogos) di Masjid Kuning Kota Damansara dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara, tambah laporan Astro Awani itu.  

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan