Ibu Aliff Aziz mohon netizen henti lempar kata kesat; sahabat yakin Aliff 'tidak lakukan perkara tersebut'
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menerusi satu catatan di Instagram pada Selasa (19 Mac), ibu kepada Aliff Aziz memohon orang ramai agar berhenti melemparkan kata-kata kesat ke atas keluarganya.
Seperti yang diketahui ramai, Aliff kini dihimpit kontroversi membabitkan tuduhan khalwat bersama pelakon, Ruhainies.
Ini bukan kali pertama Aliff terjerat dalam keadaan sebegini.
Insiden yang menimpa kali ini bagaimanapun membuat sebilangan warga maya bertindak keterlaluan.
Ibu kepada Aliff Aziz, Cik Hafiza Basharahil, mengaku menerima begitu banyak kiriman mesej langsung yang menyinggung perasaan.
"Kami mohon kepada saudara-saudara se-Islam, hentikanlah kata-kata kesat (ke) atas almarhum ibu dan ayah saya dan juga almarhum orang tua suami saya," luah Cik Hafiza.
"Ada yang hingga 'mengkafirkan' mereka, 'memunafikkan' orang tua kami, memaki menghina dan banyak lagi kata-kata yang kami tidak sampai hati untuk meluahkan di sini."
Tindakan para netizen tentunya membuat Cik Hafiza sedih tetapi beliau dan suami "memaafkan semua yang belum pasti kebenarannya".
"Jika Allah buka keaiban anda pasti akan merasa apa yang kami rasa," tulisnya lagi.
Pun begitu, Cik Hafiza akur ramai juga yang memberikan kata-kata baik yang diterima dengan lapang dada.
Menurut agensi berita mStar, Aliff dipercayai berada di Singapura pada saat ini untuk bertemu keluarganya. Cik Hafiza juga dikatakan memuat naik satu video yang memperlihatkan anaknya di sini.
Sementara itu, sebilangan artis dan rakan Aliff Aziz juga meminta agar pemenang musim kelapan Gegar Vaganza itu diberikan ruang.
Pelawak dan pengacara Shuk Sahar antara yang berbuat demikian, sambil berkata bahawa beliau kagum melihat Aliff menangani isu ini dengan tenang, lapor mStar.
Beliau juga meluahkan rasa bimbang Aliff akan 'patah balik seperti dulu' kerana perkara serupa pernah menimpanya semasa beliau sedang mencuba memperbaiki diri.
Pelakon Shahidan Izwan pula memberitahu mStar bahawa beliau yakin Aliff tidak melakukan sebarang perkara tidak baik ketika ditangkap atas tuduhan khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
"Berhubung kes khalwat, saya tidak ada komen tetapi secara peribadi saya yakin dia tidak melakukan perkara tersebut," kata Shahidan.
Beliau turut menyifatkan Aliff sebagai seseorang yang suka bertukar pendapat selain banyak berkongsi nasihat.
"Dia seorang yang baik dan selalu tegur jika saya buat salah. Aliff tak lekang dengan nasihat serta dakwah. Dia pun bukan seorang yang suka bergaul dengan ramai orang," tambahnya.

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.