Ibu Afdlin Shauki meninggal dunia
Ibu pelakon dan pelawak terkenal, Afdlin Shauki meninggal dunia pada sekitar 5.56 petang semalam (15 Okt), menurut laporan Astro Awani.

Ibu pelakon dan pelawak terkenal, Afdlin Shauki meninggal dunia pada sekitar 5.56 petang, 15 Oktober. (Gambar: @afdlinshaukiofficial/Instagram)
KUALA LUMPUR: Ibu pelakon dan pelawak terkenal, Afdlin Shauki meninggal dunia pada sekitar 5.56 petang semalam (15 Okt), menurut laporan Astro Awani.
Dalam catatan yang dimuatnaikkan ke Instagramnya, Afdlin memaklumkan bahawa ibunya, Fadzilah Jelani menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara.
Astro Awani difahamkan bahawa Allahyarhamah menjalani pembedahan pintasan jantung beberapa kali sebelum ini.
"Dukacita dimaklumkan bahawa ibu tersayang kami Puan Fadzilah Jelani telah kembali ke rahmatullah pada hari ini Isnin 15/10/2018, pukul 5.56 petang di IJN, KL.
Khabar mendukacitakan itu mendapat titipan doa daripada rakan-rakan artis seperti Lisa Surihani, Tiara Jacquelina, Harith Iskander, Liyana Jasmay, Daphne Iking, Fatimah Abu Bakar dan ramai lagi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.