Ibnor Riza masih belum sedarkan diri selepas hampir seminggu dibedah
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Instagram/ibnorriza_official
KUALA LUMPUR: Penyanyi Ibnor Riza masih belum sedarkan diri selepas menjalani pembedahan membuang air di kepala, kira-kira seminggu lalu.
Justeru, dua isteri Ibnor, iaitu Norhayati Mohd Nor dan Sarimah Suleiman memohon orang ramai mendoakan kesembuhan suami mereka yang dilaporkan dalam keadaan kritikal.
Cik Sarimah berkata, Ibnor sepatutnya sedar pada hari ketiga selepas dibedah tetapi sehingga Jumaat (8 Dis), keadaannya masih sama.
"Kami mohon semua orang doakan keadaan suami yang agak kritikal. Setakat ini, dia gerakkan mata. Doktor beritahu perkembangnya sangat perlahan.
"Sebelum ini, doktor beritahu suami perlu jalani rawatan dialisis kerana kandungan toksin meningkat. Tetapi, tadi, kami dipanggil dan diberitahu buat masa ini, suami tidak perlu lagi jalani rawatan itu.
"Ada kuman yang mengakibatkan komplikasi pada organ lain termasuk buah pinggang suami," katanya kepada BH Online.
Cik Sarimah berkata, Ibnor masih belum boleh menerima pelawat. Sebaliknya, hanya ahli keluarga terdekat dibenarkan menziarah dengan kawalan ketat.
Pada Sabtu lalu, Ibnor menjalani pembedahan membuang air di kepala di Hospital Canselor Tunku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM), Bandar Tun Razak, Cheras selepas mengadu sakit kepala.
Pada 10 November lalu, penyanyi itu menjalani kimoterapi R-ICE di hospital sama tetapi mengalami demam yang berpanjangan selepas rawatan.
Penyanyi 'Mimpi Yang Tak Sudah' itu disahkan menghidap barah limfoma tahap empat pada Mac lalu dan hingga kini difahamkan sudah menjalani kemoterapi sebanyak sembilan pusingan, menurut BH Online.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.