Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Hugh Jackman kembali jadi Wolverine dalam filem Deadpool 3

Anggaran Waktu Membaca:
Hugh Jackman kembali jadi Wolverine dalam filem Deadpool 3

Gambar: Instagram/vancityreynolds

AMERIKA SYARIKAT: Hugh Jackman disahkan kembali sebagai Wolverine dalam filem “Deadpool 3” dengan pengumuman itu dibuat langsung oleh Ryan Reynolds pada Rabu (28 Sep), sekali gus mencetuskan kekecohan dalam kalangan peminat.

Kali terakhir Reynolds, dan Jackman tampil bersama di layar skrin adalah bagi filem X-Men Origins: Wolverine pada 2009.

Dalam video yang dimuat naik, Reynolds, yang memainkan watak utama filem itu serta juga penerbitnya meminta maaf kerana tidak hadir pada D23 Expo kerana buntu memikirkan cara penampilan rasmi pertama Deadpool yang harus 'istimewa'.

Ketika itu juga Hugh Jackman secara selamba berjalan di belakang Reynolds dan menaiki tangga.

"Hei, Hugh," kata Reynolds. "Mahu lakon sebagai Wolverine sekali lagi?" tanyanya.

Jackman lalu menjawab: "Ya, tentu sekali, Ryan."

Video itu menarik lebih 48 juta tontonan dan tanda suka sebanyak 3.5 juta di Instagram sahaja, dengan ratusan ribu komen positif, yang terus bertambah.
Deadpool dijadual ditayangkan pada 6 September 2024.
Sumber : CNA/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan