Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Hugh Jackman disahkan positif COVID-19

Pelakon asal Australia itu dijangkiti koronavirus itu selepas gandingannya dalam satu persembahan muzikal Broadway, pelakon Sutton Foster disahkan positif minggu lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Hugh Jackman disahkan positif COVID-19

Gambar fail pelakon Hollywood Hugh Jackman. (Gambar: REUTERS/Brendan McDermid)

HOLLYWOOD: Pelakon filem popular The Wolverine, Hugh Jackman disahkan positif COVID-19.

Pelakon asal Australia itu dijangkiti koronavirus itu selepas gandingannya dalam satu persembahan muzikal Broadway, pelakon Sutton Foster disahkan positif minggu lalu.

Hugh Jackman, 53 tahun bagaimanapun berkata beliau hanya mengalami gejala ringan seperti sakit tekak dan selesema.

Ekoran jangkitan itu, persembahan muzikal tersebut terpaksa dibatalkan selama lima hari.

Jackman dijangka kembali ke pentas selepas 6 Januari depan.

Acara-acara Broadway lain juga dipaksa membatalkan persembahan mereka sejak dua minggu lalu akibat pandemik tersebut. Ini termasuk Hamilton dan The Lion King.

Sumber : CNA/NF/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan