Hologram Sudirman bakal muncul dalam konsert 16 Sep di KL
Anggaran Waktu Membaca:

Allahyarham Sudirman popular pada tahun-tahun 70-an hingga 90-an melalui lagunya seperti Balik Kampung dan Salam Terakhir. (Gambar: Instagram/malaysianphilharmonicorchestra)
KUALA LUMPUR: Penghibur Malaysia, Allahyarham Sudirman Arshad bakal 'muncul' di pentas gah Dewan Filharmonik Petronas (DFP) dalam satu konsert penghargaan untuk bintang legenda itu pada bulan depan.
Ini akan dilakukan melalui teknologi hologram.
Pengarah Muzik DFP, Ahmad Muriz Che Ros, berkata Orkestra Filharmonik Petronas (MPO) bakal mengiringi 'persembahan' Sudirman pada malam itu yang dijadual berlangsung pada 16 September.
Allahyarham Sudirman yang popular pada tahun-tahun 70-an hingga 90-an melalui lagunya seperti Balik Kampung dan Salam Terakhir meninggal dunia pada 1992.
Menurut Encik Ahmad Muriz kepada media Malaysia, idea menampilkan Allahyarham Sudirman menggunakan teknologi hologram timbul demi mencari kelainan pada konsert meraikan ulang tahun ke-25 pentas berprestij itu.
"Teknologi ini bukanlah baharu, sebaliknya sudah digunakan dengan meluas di luar negara. Namun, untuk DFP, ini kali pertama diperkenalkan.
"Disebabkan kami ada rangkaian konsert bagi menyambut ulang tahun ke-25, jadi, kami fikir, apa lagi kelainan yang boleh dibawa.
"Akhirnya, kami pilih teknologi hologram agar peminat Allahyarham Sudirman daripada kalangan generasi muda dapat menonton sendiri 'persembahan' beliau melalui teknologi replikasi yang kami bawa," katanya.
Selain Allahyarham Sudirman, konsert itu akan turut dimeriahkan dengan penampilan Liza Aziz yang juga bekas penyanyi latar Sudirman selain Hazama, Ernie Zakri dan Arish Mikael.
Melalui teknologi hologram, Allahyarham Sudirman akan 'menyanyikan' beberapa lagu diiringi alunan muzik orkestra MPO.
"Teknologi yang bakal digunakan cukup canggih kerana kami tidak akan papar video persembahan arwah yang lama.
"Sebaliknya, kami jana imej baharu dan pancarkan di pentas. Beberapa lagu bakal dipersembahkan di mana hanya diketahui pada malam itu.
"Persembahan malam itu dijangka berlangsung selama 90 minit dengan lebih 20 lagu didendangkan," katanya.
Harga tiket bermula RM288 (S$84.30) hingga RM668 (S$200) dan boleh dibeli menerusi www.mpo.com.my.

Sumber : CNA/SU/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.