Hisyam Hamid terharu rangkul piala di Anugerah Kreatif Akademi Asia
Pelakon Hisyam Hamid teruja dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Anugerah Kreatif Akademi Asia (AACA) pada Khamis (4 Dis).
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pelakon Hisyam Hamid teruja dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Anugerah Kreatif Akademi Asia (AACA) pada Khamis (4 Dis).
Beliau tercalon menerusi filem terbitan Malaysia berjudul Memori yang mengisahkan tentang demensia.
"Tentu sekali saya terharu. Saya teruja sebab saya telah melakukan yang sebaik mungkin untuk watak ini. Watak ini sangat dekat pada hati. Penerbit-penerbit kami sangat dekat pada hati saya juga dan ia adalah satu watak yang banyak sangat memainkan emosi yang sangat-sangat berat dan ini adalah satu penghargaan yang saya rasa bagi saya berbaloi. Alhamdulillah, atas apa yang kami telah lakukan untuk watak dan untuk filem ini.
"Tentu sekali anugerah ini adalah satu pembakar semangat untuk saya terus memberi yang terbaik untuk karya-karya yang akan datang. Ia memberi satu semangat untuk mencuba watak-watak yang lebih mencabar dari segi fizikal, mental, contohnya dan mudah-mudahan pihak produksi di luar sana akan lebih berani untuk memberi watak-watak yang lain bagi saya untuk mencuba dan mana tahu rezeki di lain kali, insya-Allah," luah Hisyam.

Beliau berjaya terpilih daripada lapan pencalonan hebat termasuk pelakon kelahiran Malaysia, Hans Isaac menerusi drama terbitan Singapura – Korban II.
Korban II merupakan drama yang ditayangkan di saluran TV Suria Mediacorp, hasil kolaborasi di antara Singapura dan New Zealand. Ia menerima lima pencalonan di Anugerah Kreatif Akademi Asia.
Ini menjadi contoh menarik bagaimana bidang kreatif tiada sempadan dan ia jelas kelihatan di AACA.

LAGU TEMA KORBAN II MENANG LAGU TEMA TERBAIK
Daripada lima pencalonan, Korban II berjaya membawa pulang sebuah piala menerusi kategori Lagu Tema Terbaik.

Lagu berjudul Bebas gubahan Andy Gan dan Afrah Athasha atau Zalelo dan dinyanyikan oleh Zalelo sendiri membawa tuah bagi Korban II.
"Saya berasa amat dihormati kerana datang daripada sebuah negara yang kecil dari segi geografi, dan bersaing dengan negara-negara Asia lain yang sangat berbakat, kemenangan ini benar-benar menyentuh hati saya.
"Bebas juga merupakan lagu pertama yang menggabungkan bahasa Melayu dan Māori—sebuah cabaran yang saya ambil dengan penuh kesungguhan demi menghasilkan sesuatu yang unik dan istimewa untuk Korban II. Andy Gan adalah pilihan pertama saya sebagai penerbit kerana sentuhan magis beliau dalam mencipta muzik yang benar-benar lahir dari hati," luah Zalelo.
Mereka menang tipis dengan kelebihan 0.02 mata dengan pencalonan dari China.
"Terasa seperti mimpi apabila mengetahui bahawa kami menang dengan perbezaan yang sangat tipis, dan saya sangat tersentuh apabila mendengar nama negara kami diumumkan sebagai pemenan,” kata Andy Gan.
"Lagu ini amat bermakna bagi saya dan mendengarnya dimainkan di teater selepas kemenangan itu - perasaannya sungguh luar biasa!" tambahnya.
SG RAIH 6 ANUGERAH TERTINGGI
Anugerah Kreatif Akademi Asia itu menyaksikan jumlah rekod sebesar 340 penyertaan, bersaing bagi mendapatkan 40 anugerah yang diberikan dalam satu malam.
Singapura membawa pulang enam piala dan mencipta sejarah bagi kemenangan pertama dalam kategori filem/drama pendek (Tanpa Skrip) menerusi Diablo: Father Antonio Beyond The Veil, No Average Joe oleh Blizzard Entertainment.

Satu lagi pencapaian rekod Singapura dan AACA adalah apabila pelakon semuda sembilan tahun, Ivory Chia mengejutkan ramai apabila menjadi pelakon wanita termuda yang memenangi anugerah dalam sejarah AACA.
Mediacorp CNA menang beberapa kategori seperti Pengarahan Terbaik (Bukan Fiksi) oleh Rowena Loh bagi Karikal Mahal: A Silent Witness, oleh Ochre Pictures.
Juga bagi Siri Dokumentari Terbaik yang dirangkul CNA melalui Addicted – The Synthetic Curse.
Anugerah keenam yang diraih Singapura adalah bagi karya yang disifatkan sebagai rumit oleh penerbitnya - di bawah kategori Program Berjenama Terbaik, berjudul Monumental Macao oleh Warner Bros. Discovery & Rolling Earth Pictures.

Sumber : BERITA Mediacorp/RL/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.