Hisyam Hamid, isteri cerai selepas 18 tahun berkahwin
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Selepas hampir 20 tahun melayari alam rumah tangga, pelakon Hisyam Hamid akhirnya mengakui dia dan Rosmawati Hanafi sudah tidak lagi bergelar suami dan isteri.
Hisyam, 39 tahun, bagaimanapun enggan mendedahkan punca dan tarikh sebenar perceraian mereka namun menegaskan masih mengekalkan hubungan baik dengan bekas isteri, lapor mStar.
"Saya tidak mahu oleh kerana satu detik hitam yang berlaku antara kami memusnahkan hubungan ini.
"Buat masa ini kami rasa jalan yang terbaik adalah untuk kami tidak lagi menjadi suami isteri.
"Kami hanya mahu fokus mara ke depan. Masing-masing sudah pun membawa haluan sendiri. Apa paling penting, kami sama-sama ada tanggungjawab terhadap anak-anak dan mereka juga berada di bawah penjagaan saya," katanya kepada mStar.
Hisyam berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media drama Cinta Untuk Sekali Lagi dan Bunga Salju di Zebra Square, Kuala Lumpur pada Khamis (23 Mei).
Dalam pada itu, Hisyam memberitahu kerjaya seninya masih diuruskan oleh Rosmawati atau lebih dikenali sebagai Mel, dan mereka tetap mengekalkan komunikasi yang baik.
Menurut Hisyam, beliau menghormati dan menghargai bekas isteri kerana mengenangkan pengorbanan Rosmawati
dalam melahirkan anak-anak mereka.
"Tak ada yang salah atau negatif untuk kami teruskan demi anak-anak. Apa yang berlaku sudah berlaku. Buat masa ini kami selesa berkawan baik, lebih dari itu saya tak pasti, masa yang akan menentukan.
"Pada akhirnya dia adalah ibu kepada anak-anak saya. Hampir 20 tahun kami bersama, tidak semuanya buruk dan negatif. Banyak benda positif yang kami lalui.
"Dia melahirkan dua anak saya, itu adalah satu pengorbanan besar. Momen itu saya hargai dan hormat dia," ujarnya, seperti dinukil laporan mStar.
Ditanya mengapa masih berdolak-dalih apabila ditanya mengenai status rumah tangga mereka sebelum ini, pelakon drama Ariana Rose itu memberitahu beliau tidak mahu berita tersebut menjejas emosi anak-anaknya.
"Sejak dulu, apa sahaja yang saya buat, saya akan pastikan tidak ada kontroversi yang menjejaskan anak-anak saya, saya mahu beri contoh terbaik pada mereka.
"Begitu jugalah bila hal ini ditanya, saya tidak mahu pada akhirnya berita itu memberi kesan pada mereka atau mereka tahu dari sumber lain," katanya.
Pada Oktober tahun lalu, Hisyam pernah menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa beliau dan isteri sudah bercerai.
Kata Hisyam, beliau mengambil pendekatan untuk menjaga nilai eksklusiviti dengan tidak terlalu berkongsi kisah peribadi di media sosial.
Untuk rekod, Hisyam mendirikan rumah tangga dengan Rosmawati pada 2006.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nurish Syameliah, 17 tahun, dan Haydeen, 15 tahun.

Sumber : Agensi berita/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.