Hetty Sarlene bimbang demam jejas persembahan konsert Gegar Vaganza
Penyanyi dan pelakon asal Singapura, Hetty Sarlene memohon para peminatnya supaya mendoakan agar beliau segera sembuh.
Penyanyi dan pelakon asal Singapura, Hetty Sarlene. (Gambar: @hettysarlene_oakes/Instagram)
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon asal Singapura, Hetty Sarlene memohon para peminatnya supaya mendoakan agar beliau segera sembuh.
Menurut laporan Astro Awani, Hetty menerusi laman instagram mengatakan beliau risau untuk melakukan persembahan kerana mengalami demam dan selesema.
Hetty, 34, merupakan salah seorang daripada 12 peserta program Gegar Vaganza musim kelima.
Astro Awani menukil Hetty sebagai berkata: "Bismillahirrahmanirrahim. Sebaik sahaja Hetty sampai ke Singapura nak tengok adik kesayangan, tiba-tiba demam dan flu (selesema) pun ikut sekali."
"Risau ni dengan konsert yang akan datang minggu ini macam mana Hetty nak perform. Orang kata penyakit itu penghapus dosa betul ke? Ya allah, Aku terima dugaan mu ini.
"Yang pastinya InshaAllah Hetty akan beri yang terbaik dan selebihnya Hetty akan serah kan pada Allah SWT," menurut catatan di Instagramnya, seperti yang dipetik oleh Astro Awani.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.