Hetty Koes Endang berlinang air mata, teruja persembahan Jaclyn Victor semasa GV9
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9), Jaclyn Victor terus membuktikan kehebatannya hingga membuatkan juri tetap Hetty Koes Endang mengalirkan air mata.
Tampil di pentas minggu kedua GV9, Jaclyn menyanyi lagu yang dipopularkan kumpulan Slam, Gerimis Mengundang dengan versinya yang tersendiri, seperti dinukil daripada Astro AWANI.
"Ini lagu Zamani versi terbaik Jaclyn Victor," kata penyanyi legenda Indonesia itu.
Sebaik selesai Hetty yang mesra disapa Bunda itu memberi komen, pengacara GV9, Elly Mazelin menjemput penyanyi asal lagu berkenaan Zamani ke pentas sebagai kejutan kepada Jaclyn.
Zamani turut mengakui lagu Gerimis Mengundang versi Jaclyn adalah terbaik dan mempunyai gaya tersendiri, lapor Astro AWANI.
Zamani, 51 tahun akan mengadakan Konsert Doa Buat Zamani di Zepp KL pada 30 September sebelum menjalani pembedahan tulang belakang pada November ini.
Zamani menderita penyakit skoliosis iaitu tulang belakang melekung sejak 2015.
Tulang belakangnya kini sudah menekan tulang rusuk dan menghimpit jantung menyebabkannya perlu menjalani pembedahan segera, lapor Astro AWANI.
Selain Jaclyn, GV9 menampilkan 13 peserta yang terdiri dari Fuad Rahman, Hazrul Nizam, Dina Nadzir, Tomok, kumpulan VE, Bob Yusuf dan beberapa nama lain.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.