Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Hetty Koes Endang bakal adakan konsert di SG pada Jan 2024

Anggaran Waktu Membaca:
Hetty Koes Endang bakal adakan konsert di SG pada Jan 2024

(Gambar: hke57/Instagram)

Diterbitkan : 26 Sep 2023 04:04PM Dikemas Kini : 26 Sep 2023 04:05PM
SINGAPURA: Penyanyi tersohor Indonesia, Hetty Koes Endang bakal mengadakan konsert satu malam bagi peminatnya di Singapura pada 13 Januari 2024 di Teater Mediacorp.

Berjudul “Melodies of Nostalgia with The One And Only Hetty Koes Endang”, konsert itu akan mengetengahkan koleksi lagu sepanjang kerjaya muzik beliau.

Tiket bagi konsert ekstravaganza itu sudahpun disediakan bagi prajualan melalui Ticketmaster dan di cawangan-cawangan SingPost.

Semasa tempoh prajualan,yang akan berlangsung sehingga 11.59 malam pada 5 Okt, peminat boleh menikmati potongan harga 5 peratus bagi tiket Cat 1, Cat 2 dan Cat 3.

Potongan harga 10 peratus juga diberikan bagi tiket Cat 4 dan Cat 6.

Ini bermakna harga tiket bagi tempoh prajualan akan dijual pada harga berikut:

S$273.60 (CAT 1),
S$235.60, (CAT 2)
S$188.10 (CAT 3)
S$151.20 (CAT 4)
S$98.10 (CAT 6)

Jualan am akan bermula dari 12.00 tengah malam pada 6 Oktober.

Harga tiket bagi jualan am pula adalah seperti berikut:

S$228 (CAT 1)
S$248 (CAT 2)
S$198 (CAT 3)
S$168 (CAT 4)
S$168 (CAT 5 - Pandangan Terhad)
S$109 (CAT 6)
S$109 (CAT 7 - Pandangan Terhad)

Hetty Koes Endang memulakan kerjaya beliau pada tahun 70-an dan sejak itu telah menghasilkanan lebih 150 album. Beberapa lagu popularnya termasuk Damai Tapi Gersang, Berdiri Bulu Romaku serta Sorga Dan Neraka.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, populariti beliau meningkat dalam kalangan penonton yang lebih muda, berikutan kemunculannya sebagai juri dalam pertandingan nyanyian Malaysia Gegar Vaganza, di mana beliau memikat penonton dengan kepintaran dan komennya yang bernas.
Sumber : CNA/QA/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan