Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Hetty Koes Endang adakan konsert di KL sempena 50 tahun dalam bidang nyanyian

Penyanyi legenda Hetty Koes Endang bakal meraikan ulang tahun ke-50 dalam bidang seni nyanyian dengan sebuah konsert istimewa di ibu kota Malaysia pada 27 Ogos ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Hetty Koes Endang adakan konsert di KL sempena 50 tahun dalam bidang nyanyian

Penyanyi legenda Hetty Koes Endang. (Gambar: Facebook/Hetty Koes Endang)

KUALA LUMPUR: Penyanyi legenda Hetty Koes Endang bakal meraikan ulang tahun ke-50 dalam bidang seni nyanyian dengan sebuah konsert istimewa di ibu kota Malaysia pada 27 Ogos ini, lapor BH Online.

Acara yang diberi nama Konsert Jubli Emas Hetty Koes Endang itu akan diadakan di Manhattan Ballroom, Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, anjuran Mahajaya Empire Sdn Bhd.

Penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu juga bakal mendendangkan 15 buah lagu dalam konsert selama 120 minit itu, menurut BH Online.

Antara sisipan menarik yang dapat dijangkakan dalam konsert tersebut ialah 'tribute' atau penghormatan bagi komposer tersohor, Ahmad Nawab dan penyanyi legenda, Broery Marantika.

Hetty sebelum ini pernah menyanyikan lagu ciptaan Ahmad Nawab, antara lain Inginku Sandarkan Harapan dan Pedihnya Rasa.

Encik Ramli MS juga akan bertindak sebagai pengarah muzik bagi malam penuh nostalgia itu, lapor BH Online.

Para peminat boleh mendapatkan tiket bagi Konsert Jubli Emas Hetty Koes Endang menerusi laman ilassoticket.com.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan