Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Hazrul Nizam tidak kisah dilabel penyanyi hit satu lagu

Anggaran Waktu Membaca:
SHAH ALAM: Penyanyi lagu "Kaulah Segalanya", Hazrul Nizam, 42 tahun, tidak kisah dilabelkan penyanyi hit satu lagu, meskipun sudah hampir dua dekad berjuang dalam dunia nyanyian, lapor BH Online.

Hazrul yang juga peserta Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) bagaimanapun bersyukur kerana lagu "Kaulah Segalanya" membuka pintu rezeki, sekali gus masih bertahan dalam industri muzik.

"Lagu Kaulah Segalanya dihasilkan pada 2004. Pejam celik saya juga tidak menyangka lagu ini masih diminati ramai dan menjadi pilihan stesen radio biarpun sudah 18 tahun berlalu.

"Mungkin disebabkan melodi agak klasik dan dicipta berdasarkan pengalaman dilalui komposer, ia menjadi karya cukup dekat dengan jiwa pendengar.

"Tak dinafikan, memang ada yang melabelkan saya 'one hit wonder', tetapi saya tak ambil peduli. Ini kerana disebabkan populariti lagu "Kaulah Segalanya" saya masih terus bertahan hingga hari ini.

"Walaupun sudah banyak kali mendendangkan lagu Kaulah Segalanya, tetapi saya tak pernah merasa jemu. Malah, saya lebih seronok untuk menyanyikannya," kata Hazrul kepada BH Online.

Beliau menambah, bukan tiada inisiatif menghasilkan lagu baru, namun agak sukar mencari lagu sesuai yang boleh mengatasi populariti Kaulah Segalanya ciptaannya itu.

"Lagu Kaulah Segalanya dimuatkan dalam mini album yang mengandungi empat lagu. Ada satu lagi lagu yang dimuatkan berjudul Pemergianmu yang saya rasakan boleh popular, lapor BH Online.

"Namun, saya terpaksa akur kekuatan lagu Kaulah Segalanya menyebabkan lagu lain sukar menyainginya.

"Jika ada rezeki saya mahu merakamkan single baru. Kalau tak dapat mampu menandingi lagu Kaulah Segalanya, dapat setara dengannya sudah memadai," ujar Hazrul.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan