Harga tiket Konsert Rossa 25 Shining Years mahal, Rossa mohon maaf
Anggaran Waktu Membaca:
Penyanyi popular Indonesia, Rossa. (Gambar: @itsrossa910/Instagram)
KUALA LUMPUR: Penyanyi popular Indonesia, Rossa memohon maaf kepada semua peminat Malaysia kerana harga tiket jualan Konsert Rossa 25 Shining Years agak mahal untuk segelintir pihak.
Penyanyi lagu "Pudar" dan "Ayat-Ayat Cinta" itu berkata bahawa harga tiket konsertnya itu agak mahal berikutan hasil jualan tiket konsert itu, yang akan disalurkan kepada pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dari keluarga yang berpendapatan rendah, lapor Astro Awani.
“Saya betul-betul minta maaf jika tiket untuk menonton konsert saya ini mahal, sebab kami tahu ke mana ia akan disalurkan. Sebahagian daripada hasil jualan tiket akan diberikan kepada anak-anak yang kurang bernasib baik untuk meneruskan pengajian."
“Kalau di Malaysia, kita tidak mahu hanya sekadar menganjurkan konsert, sebaliknya turut memberikan sesuatu kepada masyarakat. Ini merupakan satu kerja amal yang sudah lama kami laksanakan iaitu sudah lebih 10 tahun,” kata Rossa dalam sidang media Konsert Rossa 25 Shining Years, pada Rabu (5 Okt).
Konsert Rossa 25 Shining Years akan diadakan di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 2 November nanti.
Mengulas lanjut, Rossa turut mengumumkan bahawa 80 peratus tiket jualan konsertnya itu habis dijual.
“Alhamdulillah, ini merupakan antara usaha bersama Yayasan Prihatin Nasional dalam membantu para pelajar yang kurang berkemampuan,” katanya, dipetik daripada Astro Awani.
Sementara itu, Rossa turut berkongsi mengenai perjalanan Konsert Rossa 25 Shining Years tersebut yang akan terdiri daripada empat segmen antaranya lagu-lagu berentak electronic dance music (EDM) dan balada.
Penghibur itu juga akan bergandingan bersama rakan seperjuangannya dari Indonesia, Judika serta penyanyi terkenal Malaysia, Hael Husaini.
Pada malam konsert eksklusif itu juga, Rossa dijangka menghiburkan peminatnya dengan 27 buah lagu popular termasuk beberapa lagu yang tidak pernah didendangkan di Jakarta, Indonesia.
Konsert ini juga akan mendapat sentuhan empat pengarah muzik iaitu Dandy Lashido, Risyanda, Eka Gustiwana dan Andi Rianto, menurut Astro Awani.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.