Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Harga tiket 'kayangan' konsert Coldplay di KL tarik perhatian netizen

Anggaran Waktu Membaca:

SHAH ALAM: Harga tiket bagi konsert kugiran rock dari Britain, Coldplay di Malaysia menjadi bualan selepas ia diumumkan di laman web Go Live-Asia sebagai penjual rasmi tiket untuk persembahan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Tiket dijual pada harga antara RM228 (S$68) hingga RM3,088 (S$921), namun terdapat juga harga lain iaitu RM1,258 (S$375) hingga RM2,108 (S$629) dan pemegang tiket itu akan diberikan peluang melawat ke belakang pentas melalui pintu masuk khusus, diberikan barang eksklusif serta hadiah yang direka khas, menurut Astro AWANI. 

Para pengguna Twitter mula melakukan prapembelian tiket dan terdapat segelintir netizen mengharapkan harga jualan tiket dapat dikurangkan di bahagian zon berdiri berbanding tempat duduk yang lain.

Menurut pengguna Twitter @nabilrsl berharap, pihak penganjur dapat menjual tiket dengan harga yang berpatutan agar mereka dapat menonton kugiran rock berkenaan.

“Kepada @Go LiveAsia boleh tak buka pembelian tiket untuk zon berdiri dengan harga yang rendah untuk nampak penuh di bawah,” ujarnya.

Dalam pada itu, bagi peminat dari Thailand, Filipina dan Singapura, mereka mungkin akan terbang ke Kuala Lumpur kerana tiada persembahan dijadualkan di negara masing-masing.

Bagi pengguna Twitter dari Indonesia, @agenneeptunus berkata, beliau begitu teruja apabila mengetahui kumpulan rock tersebut akan mengadakan konsert walaupun harga tiket agak mahal.

“Mendengar Chris Martin berkata 'and I will try to fix you’ jadi semangat ‘berperang’ mendapatkan tiket,” katanya, seperti dipetik Astro AWANI. 

Pada 9 Mei lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengalu-alukan kedatangan kugiran rock dari Britain itu yang akan menjayakan konsert mereka di Kuala Lumpur, pada 22 November depan.

Ramai yang mengalu-alukan kedatangan Coldplay itu malah ada yang meminta agar harga tiket "Rahmah" disediakan untuk konsert mega tersebut.

Pertunjukan Coldplay itu diselubungi kontroversi apabila PAS menasihati kerajaan membatalkan konsert tersebut.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan