Skip to main content

Hiburan

'Hantu Kak Limah' cipta rekod, raih RM32.5 juta

Buat julung-julung kalinya dalam sejarah perfileman Malaysia, filem tempatan berjaya meraih kutipan pecah panggung RM32.5 juta (S$10.8 juta) menerusi filem 'Hantu Kak Limah' arahan Mamat Khalid. Ini menurut laporan Astro Awani.

Anggaran Waktu Membaca:
'Hantu Kak Limah' cipta rekod, raih RM32.5 juta

(Gambar: @uqashafabulous/Instagram)

Diterbitkan : 27 Aug 2018 10:10PM Dikemas Kini : 27 Aug 2018 10:13PM

KUALA LUMPUR: Buat julung-julung kalinya dalam sejarah perfileman Malaysia, filem tempatan berjaya meraih kutipan pecah panggung RM32.5 juta (S$10.8 juta) menerusi filem 'Hantu Kak Limah' arahan Mamat Khalid. Ini menurut laporan Astro Awani.

Jumlah kutipan tersebut yang diraih dalam tempoh 18 hari terus mencetus fenomena tersendiri dan masih rancak menerima sambutan baik oleh penonton di Malaysia, Brunei dan Singapura.

Lebih membanggakan apabila filem itu berjaya menduduki carta nombor satu kutipan panggung, sekaligus mengatasi filem-filem antarabangsa lain, lapor Astro Awani.

Yang menarik, Astro Awani difahamkan bahawa ramai penonton sudah menyaksikan filem itu lebih tujuh kali. Ternyata filem itu adalah untuk hiburan sekeluarga.

'Hantu Kak Limah' masih ditayangkan di 148 pawagam di Malaysia, Brunei dan Singapura.

Ia membariskan pelakon hebat seperti Awie, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Mus May dan ramai lagi serta penampilan istimewa Erra Fazira dan Datuk Seri Vida. 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita