Hantu dalam Munafik 2 dimainkan Shahidan Ali, yang boleh tahan kacaknya
Ternyata di sebalik watak hantu dalam filem Munafik 2 adalah seorang lelaki. Bukan itu sahaja, Shahidan Izwan atau lebih dikenali sebagai Iwang Ali disebut-sebut sebagai seorang lelaki kacak.
(Gambar: shahidan_izwan/Instagram)
MALAYSIA: Ternyata di sebalik watak hantu dalam filem Munafik 2 adalah seorang lelaki. Bukan itu sahaja, Shahidan Izwan atau lebih dikenali sebagai Iwang Ali disebut-sebut sebagai seorang lelaki kacak.
Menurut Sinar Harian, Iwang Ali juga memegang watak sama dalam Munafik 1. Seperti yang dijangkakan, ramai peminat yang terkejut apabila mendapat tahu bahawa hantu dalam filem itu rupa-rupanya seorang lelaki.
Sedang bahang 'Munafik 2' masih terasa, para peminat mula mengikutinya di Instagram. Ada juga yang tidak segan-segan memujinya sebagai 'hantu yang kacak'. Ada pula yang mengusiknya persis seperti 'Bruno Mars Malaysia'.
Sinar Harian difahamkan Iwang Ali juga merupakan seorang juruhebah sambilan di radio Era.
Seperti pelakon-pelakon lain dalam Munafik 2, Iwang Ali turut berkongsi pengalaman-pengalaman menariknya menerusi Instagram.
Antaranya termasuk ketika beliau sedang tidur semasa penggambaran Munafik 2 berlangsung.
"Siapa ingat scene ni? Masa scene ini berjalan, zara dengan hantu abang @shahidan_izwan siap tidur dekat set hahaha. Pengalaman yang best dan zara tidak akan lupakan," tulisnya seperti ditukil Sinar Harian.
Perkongsian itu turut menarik perhatian peminat kerana babak itu menyeramkan sesiapa yang menontonnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.