Skip to main content

Hiburan

Hans Isaac dilantik pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia

Pelakon, penerbit dan pengarah filem, Gerald Hans Isaac dilantik sebagai pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 8 April, demikian diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

Anggaran Waktu Membaca:
Hans Isaac dilantik pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia

Hans Isaac. (Gambar: hansisaac/Instagram)

Diterbitkan : 10 Apr 2019 03:53PM Dikemas Kini : 10 Apr 2019 03:59PM

PUTRAJAYA: Pelakon, penerbit dan pengarah filem, Gerald Hans Isaac dilantik sebagai pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 8 April, demikian diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

"Beliau (Hans Isaac) mempunyai pengalaman luas dalam bidang perfileman. Beliau sudah menerima pelbagai anugerah dalam industri perfileman tempatan,” katanya dalam satu kenyataan berhubung pelantikan itu hari ini (10 Apr).

Hans Isaac merupakan Pengarah Urusan Social 360 Sdn Bhd, sebuah syarikat yang terlibat dalam bidang keselamatan serta insurans dan pernah menjadi anggota Lembaga Penasihat Finas serta anggota lembaga Persatuan Penerbit Filem Malaysia pada 2012.

Encik Gobind berkata pelantikan Hans Isaac berdasarkan peruntukan dalam Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 bagi menggantikan Encik Samsuni Mohd Nor yang menjalankan tugas sebagai pemangku Pengerusi Finas selama lebih empat bulan yang lalu.

“Kementerian berharap pengerusi yang baru ini akan berkhidmat untuk meningkatkan usaha-usaha Finas bagi membangunkan industri ini,” kata Encik Gobind.

Beliau juga berharap anggota lembaga Finas akan memberikan kerjasama yang penuh kepada pengerusi baru dalam melaksanakan pembaharuan berdasarkan hala tuju kerajaan.

Encik Gobind dalam pada itu mengucapkan terima kasih kepada Encik Samsuni untuk perkhidmatan beliau dalam menjalankan tugasan sebagai pemangku jawatan tersebut.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita