Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Hans, Erra sempurna di mata Awie

Menurut Malaysiakini lagi, Erra, 44 tahun, pula yang kini kembali solo selepas jodohnya dengan Engku Emran Engku Zainal tidak berpanjangan menyusuli perceraian pada 2014.

Anggaran Waktu Membaca:
Hans, Erra sempurna di mata Awie

(Gambar: Instagram/Hans Isaac)

Diterbitkan : 28 Jul 2018 07:42AM Dikemas Kini : 28 Jul 2018 01:39PM

MALAYSIA: Awie mewarnai persembahan Baik Punya Concert 4D dengan gurauan berhubung rakannya, Hans Isaac yang dianggap sepatutnya memilih Erra Fazira sebagai isteri.

Menurut Malaysiakini, Awie, yang juga merupakan bekas tunang Erra, membuat kenyataan spontan itu ketika menjawab soalan Afdlin Shauki dalam satu segmen konsert berkenaan.

Jawapan itu kemudian mengundang sorakan dan jeritan penonton yang teruja dengan reaksi selamba diberikan vokalis kumpulan Wings itu.

“Dalam ramai-ramai bekas teman wanita yang pernah menjalin hubungan dengannya, saya rasa dia patut berkahwin dengan Erra," katanya dipetik BH Online.

Konsert sepanjang 90 minit itu turut menampilkan seorang lagi artis, AC Mizal, lapor Malaysiakini.

Sebelum ini, Hans dan Erra pernah dikaitkan menjalin cinta, namun hubungan mereka tidak sampai ke jinjang pelamin.

Menurut Malaysiakini lagi, Erra, 44 tahun, pula yang kini kembali solo selepas jodohnya dengan Engku Emran Engku Zainal tidak berpanjangan menyusuli perceraian pada 2014.

Erra juga pernah berkahwin dengan pengarah dan penerbit Yusri Abdul Halim sebelum bercerai pada 2006. Perkongsian hidup mereka hanya bertahan empat tahun.

Hans, 46 tahun, yang masih bujang sering disakat oleh tiga rakan baiknya yang masing-masing sudah beristeri.

Dan sesi sakat-menyakat itu pula berlaku sepanjang konsert itu berlangsung.

Selain menonjolkan nyanyian, Baik Punya Concert 4D turut menampilkan naratif mengenai perjalanan hidup keempat-empat sahabat itu yang dipersembahkan menerusi sketsa pendek.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan