Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Hanis Zalikha dan Hairul Azreen mengaku tak keluar mengundi

Kecoh di laman sosial baru-baru ini mengenai pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen yang didakwa tidak mengundi ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Hanis Zalikha dan Hairul Azreen mengaku tak keluar mengundi

Gambar: Jakeltextile/Instagram

Diterbitkan : 20 May 2018 09:36AM Dikemas Kini : 20 May 2018 09:41AM

KUALA LUMPUR: Kecoh di laman sosial baru-baru ini mengenai pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen yang didakwa tidak mengundi ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Terdapat segelintir netizen mempertikaikan Hanis dan Hairul yang tidak memuat naik foto jari mereka dengan dakwat kekal PRU14.

Astro AWANI bertemu dengan pasangan tersebut di majlis pelancaran koleksi Jakel Barulah Raya di Jakel Mall semalam (19 Mei), di mana mereka mengaku tidak keluar mengundi.

"Atas tuntutan kerja, kami tidak mengundi dan rasa sangat ralat. Sepatutnya PRU kali ini menjadi PRU kedua kami mengundi.

"Namun begitu, atas kekangan kerja, kami tak sempat mengundi. Kami terlibat dengan penggambaran sebagai wajah koleksi Hari Raya Jakel pada hari tersebut.

"Pengurus kami telah menetapkan jadual tersebut lebih awal lagi dan tidak boleh dipinda kerana kekangan kerja Hairul yang sangat sibuk di set penggambaran filem Paskal. Sejujurnya, kami sangat ralat," kata Hanis.

Namun, Astro AWANI melaporkan bahawa Hanis dan Hairul akan memastikan mereka turun mengundi di PRU akan datang.

"Kami akan memastikan yang pada lima tahun akan datang, kami akan mengundi nak menunaikan kewajipan sebagai seorang pemilih serta rakyat Malaysia.

"Kami juga akan mengingatkan peminat kami untuk mendaftar sebagai pengundi dan turut sama-sama mengundi di PRU akan datang," katanya lagi.

Pasangan berkenaan bersama anak mereka, Yusuf Iskandar dipilih sebagai wajah kempen Jakel Barulah Raya untuk tahun yang kedua.

Selain Hanis, Hairul dan Yusuf, selebriti lain yang turut menjadi wajah kempen itu adalah Ayda Jebat, Nabil Ahmad, Datuk Aaron Aziz, Harith Iskander, Scha Alyahya, Awal Ashaari, Lara Alana dan Upin Ipin.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan