Hamdan Senario ditidurkan selepas alami jangkitan kuman dalam darah
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: hamdansenario_/Instagram
KUALA LUMPUR: Anggota kumpulan Senario, Hamdan Ramli, 54 tahun, terpaksa ditidurkan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, Johor selepas disahkan mengalami jangkitan kuman dalam darah.
Anak bongsunya, Nur Natasya Umairah, 20 tahun, berkata bapanya dibawa ke hospital kerana mengalami cirit-birit sejak Ahad (31 Dis).
"Ayah mengalami cirit-birit sejak semalam dan keadaannya masih sama pada jam 10.00 pagi tadi.
"Jadi, kami bawa ke hospital kira-kira jam 11.00 pagi sebelum doktor ambil darah.
"Kemudiannya, ayah tiba-tiba cakap tak boleh bernafas dan minta panggil doktor untuk berikan oksigen selepas empat jam menunggu.
"Selepas pemeriksaan lanjut, doktor maklumkan ayah terpaksa ditidurkan kerana jangkitan kuman dalam darahnya tinggi," katanya kepada BH Online.
Bagaimanapun, Cik Nur Natasya berkata, bapanya dalam keadaan stabil, namun masih tidak pasti berapa lama perlu ditidurkan.
"Sebelum ini, ayah memang okay (tiada sakit), tapi doktor kata kuman dalam darah tinggi sebab itu ayah perlu ditidurkan. Darah ayah juga rendah dan jantungnya lemah.
"Doktor kata, walaupun ditidurkan, tapi ayah masih stabil. Tak tahu lagi berapa lama ayah perlu ditidurkan.
"Sekarang, kami sekeluarga ada dengan ayah di hospital dan akan menjaganya secara bergilir," katanya, dipetik daripada BH Online.
Pada masa sama, Cik Nur Natasya memohon orang ramai menitipkan doa supaya ayahnya dapat kembali pulih seperti biasa.
"Saya mohon sangat doakan kesihatan ayah. Kami sekeluarga betul-betul memerlukan doa anda semua," kata Cik Nur Natasya yang gagal menahan sebak.
Pada Sabtu (30 Dis), Hamdan atau nama sebenar, Ahmad Hamdan Mohamed Ramli bertandang ke Johor Bahru bersama anggota Senario lain untuk menjayakan acara Wonderful Night with Senariounion, pada Ahad.
Akibat masalah kesihatan menimpa sehingga terpaksa ditidurkan di hospital, Cik Nur Natasya memaklumkan, acara berkenaan akan berlangsung tanpa bapanya.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.