Hairul Azreen umum bersara dari dunia lakonan; bakal muncul dalam filem terakhir Malbatt: Misi Bakara
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Instagram/hairulazreen
KUALA LUMPUR: “Saya Hairul Azreen, saya nak mengumumkan yang saya berhenti berlakon for good (selama-lamanya),” maklum pelakon Hairul Azreen yang mengumumkan beliau bakal bersara daripada dunia lakonan ketika menjadi jemputan ke segmen 3 Pagi Era, pada Isnin (21 Ogos).
Menurut Hairul, filem Malbatt: Misi Bakara yang bakal ditayangkan pada 24 Ogos ini adalah kemunculannya yang terakhir sebagai pelakon.
Keputusan itu dibuat selepas merasakan beliau sudah puas berada dalam industri selama lebih 15 tahun, lapor Astro Gempak.
“Sebab saya dah buat semua benda dan saya dah jadi seorang pelakon 'stunt', pelakon filem.
"Kemudian saya doa nak jadi hero filem dan Allah makbulkan pula sekarang saya jadi hero filem aksi dalam Malbatt.
"Malah filem-filem saya seperti Paskal membuatkan 40 peratus orang jadi tentera.
“Dan insya-Allah, Malbatt filem yang terakhir saya sebagai pelakon dan tentera,” katanya, dipetik daripada Astro Gempak.
Pengumuman itu mengejutkan semua penyampai radio 3 Pagi Era termasuk Azad dan Linda Onn yang berkali-kali bertanyakan keputusan yang dibuat.
Jelas Hairul, ia keputusan muktamad dan beliau bangga kerana filem Malbatt: Misi Bakara adalah filem yang terakhir lakonannya.
“Ini betul, sebab Allah dah bagi saya macam-macam melainkan saya menjadi manusia yang tak bersyukur.
“Saya dah buat belakang tabir, jadi pelakon aksi nekad, pelakon tambahan, pelabur filem, pengarah, penerbit semua benda saya dah lalui.
“Perjuangan saya biarlah saya akhir dengan filem yang membanggakan saya iaitu Malbatt,” ujarnya.
Tambah Hairul, tiba masanya untuk beliau fokus pada keluarga dan anak-anak yang sedang membesar.
“Saya akan aktif di media sosial, cuma berlakon tidak lagi kerana saya tidak mahu sia-siakan masa bersama ibu bapa saya serta anak-anak.
“Bayangkan bila saya berlakon saya akan fokus dengan satu watak serta buat badan selama enam bulan.
"Sehinggakan anak-anak membesar dengan cepat tanpa saya sedari dan saya tidak dapat bersama mereka ketika proses itu.
“Jadi saya dan Hanis selepas ini akan fokus pada perniagaan pula,” katanya, menurut Astro Gempak.

Malbatt: Misi Bakara bakal ditayangkan di pawagam pada 24 Ogos ini dengan menampilkan barisan pelakon seperti Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Bront Palarae, Zahiril Adzim, Hairul Azreen, Iedil Dzuhrie, Syazwan Zulkifly dan Shaheizy Sam.
Filem itu berdasarkan kejadian dan fakta sebenar pertempuran dua hari pada 3 Oktober 1993 di Pasar Bakara, Mogadishu, Somalia, yang tidak begitu diketahui orang ramai.
Seramai 114 anggota 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanis dari Batalion Malaysia (Malbatt) 1 terbabit dalam misi pengaman di Somalia pada 1992 hingga 1995.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.