Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Hael Husaini bakal muncul dalam konsert solo pertama Disember ini

Anggaran Waktu Membaca:
Hael Husaini bakal muncul dalam konsert solo pertama Disember ini

(Gambar: Instagram/Hael Husaini)

Diterbitkan : 22 Oct 2022 05:32PM Dikemas Kini : 22 Oct 2022 05:40PM
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer Hael Husaini bakal muncul dengan konsert solo selepas 15 tahun bergelar anak seni, sejak pertama kali bertanding dalam pertandingan One In A Million pada 2006.

Menyusuli kejayaan persembahan 'An Evening With Hael Husaini' pada Jun lalu, pelantun lagu Jampi itu akan mementaskan Konsert Hael Husaini Live In KL di Zepp Kuala Lumpur pada 4 Disember ini, lapor BH Online.

Hael berkongsi beliau berasa gementar, memandangkan hanya tinggal sekitar sebulan sahaja lagi sebelum konsert berskala besar itu diadakan.

"Hael Husaini Live In KL adalah konsert solo pertama saya selepas hampir 15 tahun bergelar penyanyi. Saya percaya ini setiap penyanyi pasti menyemat impian memiliki konsert solo.

"Selain mahu persembahan terbaik, konsert ini juga lambang penghargaan saya kepada peminat yang setia menyokong saya sejak awal kemunculan hinggalah hari ini," katanya kepada BH Online.

Hael juga menzahirkan rasa syukur mendapat sokongan syarikat pengurusan dan label muzik, Rocketfuel Entertainment.

"Walaupun berdepan cabaran dari segi persaingan dengan konsert penyanyi tempatan dan antarabangsa yang berlangsung dalam lingkungan sama, saya yakin dan optimis menjadikan konsert ini satu kenyataan.

"Soal persiapan, saya boleh katakan 50 peratus dari segi persembahan dan teknikal sudah bermula.

"Konsert ini dijangka berlangsung selama dua jam dengan rangkaian 23 lagu. Bagaimanapun, pemilihan lagu masih dalam fasa terakhir perbincangan," kata Hael kepada BH Online.

Tiket-tiket berharga antara RM139 (S$42) dengan RM389 (S$116), manakala tiket beramah mesra dengan Hael berharga RM409 (S$120).

Tiket-tiket sudah mula dijual menerusi haelhusaini.ubertickets.my.
Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan