Hady Mirza gembira dengan pengalaman sertai ASGV, bakal terbitkan album baharu
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Setelah hampir 15 tahun muncul dengan album terakhirnya 'Sang Penyanyi', Hady Mirza bakal menerbitkan sebuah album baharu buat para peminatnya.
Itu antara projek yang akan diusahakannya setelah berjaya menduduki tempat kedua dalam peringkat akhir pertandingan All Stars Gegar Vaganza (ASGV) yang berlangsung malam semalam (10 Dis).
Meskipun tidak bergelar Juara All Stars Gegar Vaganza, penyanyi kelahiran Singapura itu tetap gembira dengan pengalaman yang ditimbanya sepanjang lebih tiga bulan.
"Alhamdulillah saya rasa syukur sangat-sangat dapat tempat nombor dua dan saya sudahpun cuba membuat yang sehabis baik mungkin selama 12 minggu. ASGV untuk saya adalah sebuah kejayaan dan saya rasa anda pun boleh setuju juga."
Hanya 4.36% sahaja markah yang membezakan Hady di belakang Jaclyn Victor, yang menjuarai pertandingan ini.
Jaclyn memenangi RM 200,000 (S$57,000) manakala lagi tujuh finalis ASGV 2023 membawa pulang RM 10,000 (S$2,900), pakej percutian dan trofi setiap seorang.
Hadiah yang diumumkan buat pertama kalinya sewaktu kemuncak acara itu akan digunakan sebaik-baiknya oleh Hady, "Untuk saya, apa yang paling penting adalah apa yang akan berlaku selepas ASGV. RM 10,000 yang saya dapat itu saya akan gunakan sepenuhnya untuk meneruskan projek-projek selepas ini, untuk masa terdekat."
Antara projek yang dimaksudkan termasuk penerbitan sebuah album penuh dan perbincangan sudahpun bermula.
Hady juga mendedikasikannya buat para peminat yang sanggup bersengkang mata dan setiap minggu berulang-alik ke Kuala Lumpur untuk menyokongnya, seperti Firdaus Ridwan.

"Setahu saya ada dua bas rombongan Singapura yang bertolak seawal 6 pagi pada hari penentu, untuk memberi sokongan padu kepada Hady Mirza. Bukan peminat sahaja tetapi ramai artis-artis dan personaliti-personaliti Singapura yang juga turut turun padang untuk memberi sokongan kepada Hady Mirza."
Firdaus meluahkan rasa bangganya di atas pencapaian Hady Mirza di peringkat akhir ASGV. "Hady telah membuktikan bahawa beliau adalah peserta yang amat 'versatile' atau serba boleh. Setiap minggu, apa sahaja genre yang dilontarkan kepada beliau, beliau menghayati lagu itu dan membawakannya dengan begitu baik serta ikhlas dari hati.
"Kami, peminat Singapura berharap Hady Mirza akan terus berkarya dalam industri muzik dan kami sentiasa menantikan buah tangan terbaharu daripada beliau."
Naqiu pula dinobatkan sebagai Juara All Stars GV pilihan penaja, oleh penaja terbesar yakni "boss susu" Azmi Zainal. Beliau membawa pulang tambahan wang tunai RM 10,000.
URUTAN KEDUDUKAN FINALIS ASGV:
1. Jaclyn Victor - 80.10%
2. Hady Mirza - 75.74%
3. Nikki Palikat - 73.18%
4. Liza Hanim - 72.34%
5. Naqiu - 72.18%
6. Tomok - 71.46%
7. Azharina - 69.64%
8. Siti Nordiana - 61.14%

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.