Hady Mirza catat markah tertinggi solo dan duet separuh akhir Gegar Vaganza 6
Bekas juara Singapore Idol dan Asian Idol Hady Mirza sekali lagi menunjukkan keunggulannya di pentas Gegar Vaganza 6 pada Ahad (15 Dis), dengan melangkah ke peringkat akhir pertandingan nyanyian itu diiringi markah cemerlang dan pujian juri.
(Gambar: BERITAmediacorp/Ira Musfirah)
MALAYSIA: Bekas juara Singapore Idol dan Asian Idol Hady Mirza sekali lagi menunjukkan keunggulannya di pentas Gegar Vaganza 6 pada Ahad (15 Dis), dengan melangkah ke peringkat akhir pertandingan nyanyian itu diiringi markah cemerlang dan pujian juri.
Harian Metro melaporkan juri tetap Ramli MS menyifatkan Hady sebagai satu-satunya peserta yang menunjukkan prestasi baik menerusi kedua-dua lagu solo dan duet bersama Dia Fadila.
“Naqiu kurang markah untuk lagu duet. Saya cuba bawa lagu Hanya Namamu nyanyian asal Azmi itu ke arah genre muzik Naqiu. Tapi, dia masih tak boleh lawan dengan Azmi. Secara keseluruhan pun, penyampaian dia agak kurang.
“Sementara Hady pula, kedua-dua lagu dia sampaikan dengan baik. Malah, dia satu-satunya peserta duet paling okay dan serasi malam ini,” kata Ramli mengulas persembahan peringkat separuh akhir para peserta, seperti dipetik Harian Metro.
Hady meraih markah 82 peratus, lantas mencatat jurang ketara dengan Naqiu yang memperoleh 77 peratus.
Selain Hady dan Naqiu, para peserta yang berjaya ke pusingan akhir GV 6 pada 22 Disember ini adalah One Nation Emcees (markah: 71 peratus), Nurfatima (67 peratus), Jatt (61 peratus) dan Sham Visa (60 peratus).
Sementara itu Wann dan Noorshila Amin yang masing-masing mendapat markah 57 dan 52 peratus, tersingkir.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.