Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Hady Mirza ‘Artis Cili Padi Paling Power’

Penyanyi Singapura Hady Mirza dinobat sebagai ‘Artis Cili Padi Paling Power’ manakala Mazleela pula tersingkir dalam minggu ketiga konsert Gegar Veganza musim keenam

Anggaran Waktu Membaca:
Hady Mirza ‘Artis Cili Padi Paling Power’

Gambar: Hady Mirza/Facebook

Diterbitkan : 21 Oct 2019 07:29AM Dikemas Kini : 21 Oct 2019 07:36AM

KUALA LUMPUR: Penyanyi Singapura Hady Mirza dinobat sebagai ‘Artis Cili Padi Paling Power’ manakala Mazleela pula tersingkir dalam minggu ketiga konsert Gegar Veganza musim keenam.

Juara musim kedua Singapore Idol itu merupakan antara peserta yang berada di kedudukan terbaik malam semalam (20 Okt) dengan kesemua 12 peserta yang meneruskan perjuangan untuk konsert minggu ketiga akan membawakan cabaran lagu masing-masing dalam tema 'Yang Aneh-Aneh'.

Penyanyi Naqiu (kumpulan Boboy) pula mendahului konsert pada malam itu selepas memberikan persembahan bertenaga menerusi lagu kumpulan New Boyz, Meraung. Beliau akan diuji dengan lagu #123 nyanyian asal Khai Bahar bagi persembahan konsert seterusnya.

Namun, tiada lagu diberikan untuk Mazleela meneruskan persaingan.

Meskipun begitu, penyanyi veteran itu redha dengan keputusan yang diumumkan dan mengakui bahawa dirinya ada melakukan kesilapan teknikal semasa membuat persembahan, lapor Astro Awani.

Gaya vokal penyanyi berusia 47 tahun itu yang membawakan lagu Apa Khabarmu Di Sana, nyanyian asal Ramlah Ram, mendapat kritikan daripada juri yang menyatakan bahawa penyampaiannya itu kedengaran 'berat'.

Astro Awani melaporkan bahawa menurut juri profesional dari Indonesia, Hetty Koes Endang atau mesra dipanggil 'Bonda', Mazleela memerlukan pembawaan lagu yang lebih santai.

“Jangan terlalu 'berat', kerana jikalau terlalu berat, ia menjadikan kawalan ton suara itu kelihatan sukar dan banyak flat (di bawah nada),” jelas Hetty.

Dalam pada itu, Hetty sempat memberi pujian tentang penggayaan Mazleela pada malam konsert kedua itu, yang dilihat cantik.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan