Hady Mirza adakan konsert solo sulung pada 20 Jul
Para peminat tegar juara Singapore Idol dan Asian Idol, Hady Mirza berpeluang mengubati rindu mereka apabila dapat menonton Hady beraksi secara empat mata dalam konsert solo beliau buat julung-julung kalinya di Singapura.
(Gambar: Instagram/hadymirzaofficial)
Konsert bernama 'Journey' itu akan diadakan di The Theatre at Mediacorp pada 20 Julai ini.
Tiket bagi konsert itu dijual pada harga antara S$48 dengan S$108 dan boleh dibeli menerusi Ticketmaster.
Mereka yang mendapatkan tiket Kategori 1 juga layak menghadiri sesi beramah mesra dengan Hady Mirza.
Hady Mirza menempa nama di Singapura sebagai peserta dalam musim kedua pertandingan nyanyian Singapore Idol, yang mana beliau berjaya muncul sebagai juara.
Beliau kemudian memenangi pertandingan Asian Idol, yang mana beliau mengalahkan penyanyi terkenal lain seperti Jaclyn Victor dan Mike Mohede.
Pada 2019, populariti Hady mencanak naik di rantau ini selepas beliau muncul sebagai salah seorang pemenang pertandingan nyanyian di Malaysia, Gegar Vaganza, di mana beliau berkongsi kejuaraan dengan penyanyi Malaysia, Naqiu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.