Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

GV9: Fuad Rahman, Dina Nadzir tersingkir pada peringkat separuh akhir

Perjuangan Dina Nadzir dan Fuad Rahman dalam pertandingan Gegar Vaganza 9 (GV9) berakhir semalam (20 Nov) setelah kedua-duanya mendapat markah terendah sehingga tersingkir pada minggu ke-10 pertandingan nyanyian itu.

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Perjuangan Dina Nadzir dan Fuad Rahman dalam pertandingan Gegar Vaganza 9 (GV9) berakhir semalam (20 Nov) setelah kedua-duanya mendapat markah terendah sehingga tersingkir pada minggu ke-10 pertandingan nyanyian itu.

Menurut Astro Awani, Dina menyampaikan lagu 'Bukan Dia Tapi Aku' nyanyian asal Judika manakala Fuad pula mendendangkan lagu 'Di Alam Fana Cintamu' nyanyian asal kumpulan Fotograf.

Bertemakan Separuh Aku Ada Kamu, lapan peserta GV9 diadili oleh juri tetap Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Syafinaz Selamat.

Anugerah Juara Next Level Digi untuk minggu kedua dimenangi oleh Dina berdasarkan undian peminat menerusi Facebook Astro Gempak dan membawa pulang wang tunai RM3,000 (S$905).

Selain itu, Jaclyn Victor juga turut memenangi anugerah Bintang Memukau Adabi dan membawa pulang wang tunai RM1,000 (S$301) dan barangan Adabi bernilai RM500 (S$150).

Manakala Shila Amzah memenangi Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak berdasarkan undian tertinggi di Facebook Astro Gempak dan membawa pulang sebuah penapis air Cuckoo bernilai RM4,520 (S$1364), seperti dinukil Astro Awani.

Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan format pemarkahan 100% oleh juri profesional:

Jaclyn Victor - Tapi Bukan Aku (Kerispatih) - 84.35%
Shila Amzah - Sang Dewi (Titi DJ) - 79.20%
Bob Yusof - Ajari Aku (Andrian Martadinata) - 78.70%
Tomok - Suatu Masa (Datuk M. Nasir) - 75.95%
Hazrul Nizam - Hal Hebat (Govinda) - 75.80%
VE - Azura (Datuk Jamal Abdillah) - 74.30%
Dina Nadzir - Bukan Dia Tapi Aku (Judika) - 59.20%
Fuad Rahman - Di Alam Fana Cintamu (Fotograf) - 58.30%

Musim baru ini turut membawa semula Nabil Ahmad sebagai hos dan ditemani oleh pelakon serta alumni ‘Gegar Vaganza 3’, Elly Mazlein.

Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 (S$30,186), naib juara pula akan meraih RM50,000 (S$15,093), tempat ketiga akan menerima RM30,000 (S$9,055), tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000 (S$6,037), RM15,000 (S$4,527) dan RM10,000 (S$3,018).
 

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan