Skip to main content

Hiburan

GV12: Iskandar raih markah tertinggi pada minggu ke-4; 2 peserta tersingkir

Konsert minggu keempat Gegar Vaganza 12 (GV12) menyaksikan kehebatan 13 bintang bersama pasangan duet masing-masing.
Anggaran Waktu Membaca:
GV12: Iskandar raih markah tertinggi pada minggu ke-4; 2 peserta tersingkir

Penyanyi tempatan Iskandar Ismail atau Eiss. (Gambar: Eiss)

SHAH ALAM: Konsert minggu keempat Gegar Vaganza 12 (GV12) menyaksikan kehebatan 13 bintang bersama pasangan duet masing-masing.

Minggu ini menyaksikan Iskandar Ismail berjaya menduduki tempat pertama dengan markah keseluruhan sebanyak 84.25 peratus, lapor Gempak.

Tidak cukup dengan itu, Iskandar menjadi antara bintang terhangat apabila juri tetap, Ramli Ms mengatakan persembahannya bersama Liza Aziz menerusi lagu I Want To Spend My Lifetime Loving You nyanyian asal Marc Anthony dan Tina Arena sebagai satu persembahan yang hebat.

Namun terdapat dua nama yang terpaksa akur apabila diumumkan sebagai bintang yang tersingkir di minggu keempat iaitu Shy8 (52.00 peratus) dan Datuk Elaine Kang (46.75 peratus), lapor Gempak.

Berikut merupakan markah bagi minggu keempat GV12:

  • Iskandar ft Liza Aziz: I Want To Spend My Lifetime Loving You (84.25%)
  • Nubhan ft Mawi: Kian (78.25%)
  • Krisya ft Azmi Saat: Fantasia Bulan Madu (69.00%)
  • Mendua ft Kaer Azami: Izinku Pergi (68.25%)
  • Mark Adam ft Mimifly: Jangan Kau Mimpi (66.25%)
  • Shae ft Tomok: Cari Jodoh (65.75%)
  • Mel Sakura ft Naqiu: Dua Insan Bercinta (65.50%)
  • Ruri Repvblik ft Didi Hijau Daun: Suara Ku Berharap (64.25%)
  • Freshies ft Ina Freshies & Mamat Exists: Rahsia Pohon Cemara (63.25%)
  • Rahmat Ekamatra ft Ayai Ilusi: Tiara (61.50%)
  • Korie ft Saiful Apek: Hanya Nyanyian Dalam Sepi (57.00%)
  • SHY8 ft Farahdiya: Siapa Dia Sebelum Daku (52.00%)
  • Datuk Elaine Kang ft Dia Fadila: Yesterday Once More (46.75%)
Sumber : Agensi berita/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita