Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Guru tarian Ahmad Kassan meninggal dunia

Anggaran Waktu Membaca:
Guru tarian Ahmad Kassan meninggal dunia

(Gambar: Facebook/Ahmad Kassan)

KUALA LUMPUR: Pengacara terkenal Malaysia, Aznil Hj Nawawi membawa khabar duka dan memaklumkan guru tarian popular dalam program Macam Macam Aznil, Ahmad Kassan dilaporkan meninggal dunia.

Lebih mesra dengan panggilan Pak Nil, beliau memaklumkan berita sedih itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya hari ini (1 Sep).

“Saya baru dapat berita perkhabaran duka tentang pemergian sahabat Pak Nil, Allahyarham Ahmad Kassan yang merupakan antara nadi kuat dalam program Macam Macam Aznil suatu ketika dulu,

“Beliau dikhabarkan meninggal dunia di Singapura. Saya dah lama tak berhubungan dengan dia. Saya cuma dapat perkhabaran tentang diri dia melalui posting dia di Facebook, Instagram.


“Baru sebentar saya menerima khabar duka bahawa beliau telah kembali ke rahmatullah,” maklumnya sedih.

Mengulas mengenai keperibadian Allahyarham Ahmad Kassan, Pak Nil menyatakan bahawa allahyarham merupakan seorang sahabat yang sangat rapat dengannya. lapor Astro Awani.


“Allahyarham adalah seorang yang sangat rapat dengan saya ketika membuat rakaman Macam Macam Aznil.
“Beliau adalah antara tunjang utama kejayaan program itu. Saya rasai kehilangan dia dan semoga pemergiannya akan sama-sama kita dapat sedekahkan bacaan surah Al-Fatihah.


“Semoga Allahyarham dikumpulkan bersama dengan orang orang yang soleh. Al-Fatihah…” ujarnya sebak.

Allahyarham Ahmad Kassan amat dikenali sebagai seorang yang periang dan sering menjadi kesukaan ramai dalam program Macam Macam Aznil.

Tidak hanya orang dewasa, malah kanak-kanak juga turut mengenalinya kerana menggayakan fesyen unik ketika menari dalam program berkenaan.

Sumber : Agensi berita/AA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan