Skip to main content

Hiburan

Guns N' Roses bakal gegarkan pentas Stadium Negara Nov ini

Anggaran Waktu Membaca:
Guns N' Roses bakal gegarkan pentas Stadium Negara Nov ini

Gambar: GHY Culture & Media

Diterbitkan : 20 Jul 2022 11:49AM Dikemas Kini : 20 Jul 2022 11:50AM
SINGAPURA: Kugiran 'rock' legenda Guns N' Roses yang terdiri daripada penyanyi utama Axl Rose, pemain gitar Slash dan pemain bes Duff McKagan bakal menggegarkan pentas Stadium Negara untuk mengadakan konsert satu malam sahaja pada 12 November.

Kugiran itu kemudian akan meneruskan konsert jelajah mereka ke Australia dan New Zealand, menurut kenyataan bersama oleh syarikat hiburan TEG Dainty dan G.H.Y Culture & Media.

Tiket-tiket akan mula dijual sekitar pukul 10.00 pagi pada 28 Jul melalui laman web Ticketek.

Butiran lanjut boleh didapatkan di laman web Sports Hub.

"Mengumumkan konsert jelajah antarabangsa sebesar ini sedang kita melalui tempoh paling mencabar dalam sejarah persembahan langsung adalah sesuatu yang sangat memuaskan," kata Paul Dainty, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif TEG Dainty.

Kali terakhir Guns N' Roses membuat persembahan di Singapura adalah pada 2017 bagi konsert jelajah "Not In This Lifetime".

Ia dianggap sebagai salah satu kosert 'rock' terbesar di Singapura.

50,000 tiket habis dijual meskipun penganjur konsert LAMC Productions bergelut dengan isu logistik dan masalah tag pergelangan tangan RFID yang penggunaannya bertujuan untuk memudahkan pembayaran tanpa tunai di Pusat Pameran Changi.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita