Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Green Day, Westlife dan Marshmello bakal buat persembahan di F1 Grand Prix S'pura

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Green Day, Westlife dan DJ Marshmello akan membuat persembahan di pentas Padang sempena Formula 1 Grand Prix Singapura yang berlangsung mulai 30 September hingga 2 Oktober. 

Mereka merupakan artis-artis pertama yang disahkan bakal membuat persembahan. 

Pentas itu akan dimeriahkan dengan lebih 75 persembahan di lapan pentas, dengan lebih ramai artis bakal diumumkan pada minggu-minggu mendatang, menurut pihak penganjur pada Isnin (23 Mei). 

Marshmello yang dikenali dengan lagu-lagu hit seperti Alone, Friends dan Happier akan membuat persembahan pada 30 September. 

Kumpulan dari Ireland, Westlife, kali terakhir menghiburkan para peminatnya di Singapura pada 2019. Lebih 20,000 orang tampil di Stadium Negara untuk menonton kumpulan itu sebagai sebahagian daripada konsert jelajah sempena ulang tahun ke-20 mereka. 

Peminat juga boleh menyaksikan kumpulan The Wild Dreams Tour di Pentas Padang Zon 4 pada 1 Oktober. 

Green Day pula akan beraksi pada hari terakhir F1 GP Singapura, 2 Oktober. Kumpulan itu dijadual mengadakan konsert di Singapura pada April tahun lalu, setelah menangguhkannya sejak tarikh asal Mac 2020. Namun, ia dibatalkan disebabkan pandemik COVID-19. 

Persembahan mereka yang terakhir di Singapura adalah di Stadium Tertutup Singapura pada 2010. 

Semua tiket bagi F1 GP Singapura boleh mengakses Pentas Padang di Zon 4. 

Pihak penganjur juga mengumumkan bahawa lebih banyak tiket akan ditawarkan setelah tiket-tiket yang dikeluarkan pada awal April habis dijual dalam beberapa jam sahaja. Ini termasuk tambahan tiket 'walkabout' dan 'grandstand' sehari sahaja. 

Tiket Zon 4 dan 'premier walkabout' akan mula dijual pada pukul 10.00 pagi pada Selasa (24 Mei). Ia akan ditawarkan sebagai pilihan sehari sahaja dan harganya bermula dari S$98 bagi tiket 'walkabout' Zon 4 pada Jumaat (30 Sep), serta daripada S$288 bagi tiket tiga hari. 

Semua pemegang ticket 'walkabout' mempunyai akses ke "tempat-tempat strategik penyokong dan juga konsert di Pentas Padang", kata penganjur. 

Tiket 'grandstand' sehari sahaja juga akan ditawarkan, namun terhad, mulai pukul 10.00 pagi pada Khamis (26 Mei), dengan harga dari S$98 bagi tiket Bay Grandstand. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan